Itulah pertanyaan saya kepada ayah bila saya lihat dia membeli banyak pisang yang dijaja oleh seorang makcik yang menjunjung pisang ke rumah saya.
“Kasihan dia letih menjunjung pisang datang menjual ke rumah kita. Rumah kita kan jauh kedalam. Mesti dia jauh berjalan datang ke sini.” Ayah saya menjawab sambil menghulurkan duit RM10 kepada makcik penjaja pisang tu.
Memang rumah kami memang terpencil kedalam kebun getah. Jarang orang luar tahu ada rumah dalam kebun getah ini. Jarak rumah kami dari jalan sekitar 500 meter juga. Kalau berjalan kaki sambil menjunjung pisang memang memenatkan.
“Ayah beli pisang dia tu bukannya kita nak makan pun.
Pisang kapas yang kita makan pun dah banyak tak habis nak makan.”
“Ayah beli pisang tu untuk menggembirakan hatinya. Dia sudah pasti
berharap pisangnya dibeli oleh kita. Kita
mesti hargai susah payah dia datang
kerumah kita.”
“Dia mesti suka tu semua pisangnya laku
dijual. Dia dapat duit. Dia dah boleh guna duit hasil pisangnya untuk keperluan dia.”
Ayah memborong hampir semua pisang yang dia junjung tadi. Hanya
tinggal dua sikat saja yang berbaki. Saya lihat wajah makcik itu ceria dan
gembira menyambut wang dari ayah saya.
“Terima kasih beli pisang saya.” Hanya itu kata kata
yang terpacul keluar dari mulutnya.
Kemudian dia mengemas pisangnya yang berbaki kedalam bakul
dan mengangkatnya ke atas kepala dan berlalu pergi.
“Pisang ni nanti kita bawa ke masjid. Ramai juga yang suka. Kita dapat pahala sedekah. Nak makan tak
habis ni.” Ayah saya memberi tahu saya
bila makcik itu sudah jauh pergi.
“Sebenarnya, Allah yang hantar dia kerumah kita jual
pisang. Nak beri peluang pahala kepada kita. Kita telah menggembirakan hati dia
dengan beli pisang. Allah juga buka
jalan untuk kita dapat pahala sedekah pisang di masjid.”
“Kita dapat dua pahala lah hari ini. Nanti kalau ada orang datang minta sedekah atau jual sesuatu
seboleh-bolehnya kita tidak kecewakan mereka. Berilah sedekah walaupun sedikit
atau beli saja barang jualannya. Ingatlah mereka itu sebenarnya dihantar oleh
Allah untuk menguji kita.”
“Jangan sekali kali kita marah atau mengherdik mereka. Jika hajat mereka dipenuhi
biasanya mereka akan mendoakan yang baik
baik untuk kita. Begitulah sebaliknya
jika mereka sakit hati terasa dizalimi mereka akan mendoakan yang buruk buruk untuk
kita.”
Itulah nasihat arwah ayah saya yang saya ingat sampai sekarang. Betul lah nasihat ayah saya itu kerana ianya nilai Islam yang ditegas oleh Allah dan rasulnya.
Allah berpesan dalam Dalam Surah Ad-Dhuha ayat 10:
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
"Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau
menghardiknya."
Rasulullah juga telah berpesan kita sentiasa menolong orang
yang memerlukan
مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ
"Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu
keperluannya."
(HR Bukhari, No. 2442; Muslim, No. 2580)
Hadis ini mendorong kita untuk memenuhi hajat orang lain,
kerana Allah akan membalasnya dengan kebaikan.
Rasulullah juga berpesan dengan hadis dari Ibnu Umar RA :
مَا زَالَ اللَّهُ فِي حَاجَةِ الْعَبْدِ مَا دَامَ الْعَبْدُ فِي حَاجَةِ
أَخِيهِ
"Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong
saudaranya."
(HR Muslim, No. 2699)
Hadis ini menunjukkan bahawa Allah akan memudahkan urusan
sesiapa yang banyak membantu orang yang memerlukan.
Semoga prinsip menjadi amalan kita dalam kehidupan seharian.
Jangan sekali kita kecewakan orang mempunyai hajat dengan kita.
Semoga Allah merahmati arwah ayah saya yang banyak mendidik
nilai-nilai agama kepada anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment