Ramai orang menyertai tadarus Ramadan untuk mengumpul pahala.
Tetapi
tidak ramai yang benar-benar bersedia untuk menerima teguran.
Hakikatnya,
perkara yang paling sukar dalam tadarus bukanlah membaca al-Quran.
Yang paling sukar ialah apabila bacaan kita dibetulkan.
Ego
terasa.
Hati sedikit tersentuh.
Kadang-kadang sampai terasa malu.
Itulah
sebenarnya ujian kecil dalam majlis al-Quran.
Dan
itulah yang berlaku dalam halaqah kecil di rumah kami.
“Hmm…
salah sokmo!”
Rengus
salah seorang anak saya apabila bacaannya dibetulkan ketika tadarus.
Sempena
bulan Ramadan ini, kami sekeluarga mengadakan sesi tadarus al-Quran setiap pagi
hujung minggu. Selepas Subuh, semua perlu duduk dalam halaqah masing-masing
dengan al-Quran di tangan.
Waktu
begini memang paling selesa untuk menyambung tidur selepas bangun awal
bersahur. Beberapa orang kelihatan menahan mengantuk. Namun mereka perlu
dilatih berdisiplin.
Kali
ini, ada yang sampai menangis. Tidak dapat meneruskan bacaan kerana tidak mampu
menerima teguran terhadap beberapa kesalahan asas tajwid.
Sebenarnya
itulah realiti kita.
Apabila
membaca al-Quran bersendirian, kita sering merasakan bacaan kita sudah betul
dan sempurna. Tetapi dalam tadarus, bacaan kita didengari orang lain. Kesalahan
akan ditegur. Bacaan akan disemak.
Itulah
fungsi sebenar tadarus.
Ia
bukan sekadar mengumpul pahala di bulan Ramadan, tetapi juga memperbaiki
bacaan al-Quran kita.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Sebaik-baik
kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Allah
juga berfirman:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
“Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (bacaan yang betul dan teratur).”
(Surah al-Muzzammil: 4)
Tartil
bermaksud membaca dengan tajwid yang betul, sebutan yang jelas dan bacaan
yang terpelihara.
Belajar
Menerima Teguran
Saya
sendiri pernah melalui pengalaman yang sama.
Ketika
tadarus al-Quran bersama guru saya di Jordan dahulu, hampir setiap kali bacaan
saya akan ditegur — terutama berkaitan sifat huruf.
Maklumlah,
lidah kita adalah lidah Melayu yang tidak biasa dengan sebutan huruf Arab.
Saya
sendiri sering bermasalah dengan sebutan huruf lam, ra, dan dhad.
Setiap kali tadarus, itulah yang akan ditegur.
Kadang-kadang
timbul juga rasa cuak di hati. Ikutkan hati, malas juga hendak hadir tadarus
bersama orang Arab. Takut kena tegur lagi.
Namun
saya masih ingat kata-kata guru saya, Dr. Qahtan:
“Tadarus
al-Quran bukan sekadar menyemak bacaan.
Ia juga mendidik diri untuk menerima teguran.”
Beliau
menyambung lagi:
“Ia
melatih hati untuk berani mengakui kesalahan dan berusaha memperbaikinya.”
Itulah
sebenarnya tarbiah yang tersembunyi dalam tadarus.
Bukan
sekadar membaca al-Quran, tetapi mendidik jiwa.
Seni
Menegur Dalam Tadarus
Namun
dalam menegur juga ada adabnya.
Jika
bersama orang awam, teguran mungkin cukup pada asas tajwid.
Jika
bersama para ustaz atau ilmuwan agama, teguran boleh sampai kepada peringkat
sifat huruf.
Jika
seseorang itu baru belajar membaca al-Quran, jangan terlalu banyak menegur.
Biarkan dia membaca hingga selesai dan teguran cukup satu atau dua kesalahan
sahaja.
Agar
teguran itu menjadi motivasi, bukan mematahkan semangatnya.
Kita
juga perlu memahami sifat masyarakat kita.
Orang
Melayu terkenal dengan kelembutannya. Namun kadang-kadang kelembutan itu datang
bersama satu cabaran — sukar menerima teguran.
Dalam
kumpulan tadarus pun kita pernah lihat perkara ini.
Jika
seseorang terlalu kerap ditegur, ada kemungkinan dia akan:
- kurang hadir
- datang tetapi
diam
- atau terus
menghilang daripada tadarus
Begitu
juga dalam kehidupan masyarakat.
Isu
di sekolah, di pejabat, dalam kejiranan — ramai yang sensitif apabila ditegur.
Ada yang cepat melenting dan mempertahankan diri.
Sedangkan
dalam Islam, nasihat dan teguran adalah sebahagian daripada agama.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Agama
itu adalah nasihat.”
(Riwayat Muslim)
Para
sahabat Rasulullah sebenarnya memberi contoh yang sangat indah dalam menerima
teguran.
Suatu
hari, seorang lelaki menegur Khalifah Umar bin al-Khattab RA di hadapan
orang ramai. Lelaki itu berkata:
“Wahai
Umar, bertakwalah kepada Allah!”
Sebahagian
orang yang berada di situ marah kerana merasakan lelaki itu kurang sopan
terhadap khalifah.
Namun
Umar RA segera berkata:
“Biarkan
dia berkata. Tidak ada kebaikan pada kamu jika kamu tidak menegur kami, dan
tidak ada kebaikan pada kami jika kami tidak menerima teguran kamu.”
Inilah
jiwa generasi sahabat.
Mereka
tidak alergi kepada teguran.
Mereka
tidak melihat teguran sebagai penghinaan, tetapi sebagai jalan memperbaiki
diri.
Ramadan
bukan sekadar bulan memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Ia
juga bulan membersihkan hati.
Hati
yang baik ialah hati yang:
- mudah menerima
teguran
- berani mengakui
kesalahan
- bersungguh-sungguh
memperbaiki diri
Ramadan
sudah berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Semarakkan
ia dengan tadarus al-Quran.
Mudah-mudahan
tadarus yang kita lakukan bukan sekadar menambah pahala, tetapi juga mendidik
jiwa menjadi lebih tawaduk dan terbuka menerima kebenaran.
Kerana
kadang-kadang, pahala terbesar dalam tadarus bukan hanya pada ayat yang kita
baca, tetapi pada hati yang kita baiki.

No comments:
Post a Comment