Ramai juga yang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh kenal rapat dengan ‘Batoul’ Pelajar perempuan Arab yang berbadan kecil, manis dan boleh dikira paling cantik dalam kalangan pelajar Arab. Sebenarnya selepas perkelanalan dalam kelas Bahasa Arab 101 ada peristiwa lain lagi.
Antara cara saya menguatkan penguasaan bahasa Arab saya terutama
kemahiran bertutur ialah dengan menggunakan kaedah ajuk atau ‘Shadowing’. Saya
suka mengajuk dialog-dialong ringkas, Ungkapan ungkapan yang menarik yang saya
dengari. Saya juga akan mengajuk ucapan dan kuliah pensyarah yang saya anggap
menarik. Kadang kadang ketika menonton filem atau karton Arab saya menggunakan
kaedah yang sama. Ya. Ia sangat berkesan.
Namun satu hari ketika kuliah ‘Nathar Hadith’ (Prosa Moden)
kalau tak silap saya yang di ajar oleh Dr Muhammad Darubi terjadi satu
peristiwa yang tidak disangka-sangka. Dalam kuliah ini pelajar secara bergilir-gilir
membaca teks yang disediakan oleh pensyarah secara kuat untuk didengari oleh semua
pelajar. Kemudian Dr Muhamad akan membuat ulasan.
Saya ketika itu kebetulan duduk di belajar pelajar perempuan
Arab termasuk ‘Batoul’. Ketika giliran dia membaca. Cara bacaan amat menarik
dengan suaranya dan lenggoknya yang mengasyikkan. Secara tidak sedar saya
terikut bacaannya. Suara saya juga agak kuat dan boleh didengari oleh orang
lain termasuk Dr Muhammad.
“Sout Min haza..Man yuqallid al ssout..?” (Suara siapa
ni. Siapa yang mengajuk suara?) Dr Muhammad bertanya kepada pelajar. Dia
melihat sekeliling kelas. Semua pelajar diam senyap seribu bahasa. Saya amat
terkejut dan takut.
Batoul berpaling memandang saya. Aduh.. dia perasan rupanya.
Saya hanya memandangnya sambil mengangkat bahu. Saya buat muka tidak bersalah. Alhamdulillah.
Selepas marah-marah Dr Muhammad meminta pelajar lain menyambung bacaan. Kali
ini saya diam. Allah.. malunya tak terungkap.
Usai kelas, saya lambat sedikit biarkan pelajar lain dahulu keluar. Ketika keluar rupanya Batoul dan bebrepa orang kawannya menunggu saya..
“Enta al lazi tuwallid souti?” (Awak ke yang ajuk suara
saya?”). Dia bertanya sambil tersenyum. Saya hanya mampu mengiyakan saya.
“Naam..Ana aasif…” (Ya.. saya mohon maaf). Saya
mengiyakannya sambil menundukkan kepala dan belalu pergi.
Saya sebenarnya amat malu dengan peristiwa itu. Saya rasa
pelajar lain pun tahu bahawa itu suara saya.
Terutama pelajar Malaysia yang duduk sebaris dengan saya. Namun mereka
semua diam tidak memberi apa-apa respon dan langsung tidak memandang kepada saya.
Jadi persoalan Dr Muhammad tidak terjawab. Hanya Batoul saya yang berpaling. Itupun
diliihat oleh Dr Muhammad.
Bagi saya kaedah mengajuk dialog adalah antara kedah yang
berkesan untuk melatih kemahiran bertutur bahasa Arab. Ianya dapat melembutkan
lidah dengan sebutan yang betul. Ia juga melatih kelancaran kata apabila
bertutur. Lidah kita akan menjadi biasa dengan kosa kata baru dan juga
ungkapan.
No comments:
Post a Comment