Tidak ramai pelajar Arab yang mengambil jurusan Bahasa Arab dan kesusasteraannya bersama kami di Universiti al Aalbayt. Pelajar Melayu lebih ramai. Kalau dalam kelas biasanya akan dipenuhi oleh 80 peratus pelajar Malaysia. Manakala bakinya adalah orang tempatan Jordan dan beberapa orang asing yang dari Turki, Albania, Afrika dan sebagainya.
Satu hari ada pelajar
perempuan Arab menegur saya ketika saya kami sedang menunggu pensyarah
masuk memulakan pengajian. Kebetulan kerusi disebelah saya kosong dan dia
duduk disebelah. Biasanya pelajar perempuan mengelak duduk disebelak
lelaki dialam kuliah ataupun dalam bas. Mereka lebih rela berdiri dari duduk
disebelak lelaki.. Kami amat tahu itu dari
kawan arab dan juga sepanjang pemerhatian
kami disini. Kali ini berbeza.
Dia memperkenal dirinya sebagai dari Mansyiyyah Battoul (bukan nama sebenar,
nanti ramai yang akan kenal kalau saya sebut namanya ). Dia berbadan kecil sama dengan
pelajar Malaysia yang lain. Bagi saya
dia adalah antara pelajar arab yang
cantik dalam kuliah Adab.
Dia bertanya banyak perkara tentang Malaysia dan bagaimana
saya beminat belajar bahasa Arab. Perbualan kami tidak lama kerana
pensyarah masuk kelas dan kami memulakan
pengajian. Selepas itu beberapa kali
juga kami bertegur sama. Namun tidak berbual panjang.
Satu hari ketika saya sedang berjalan pulang dari dari kuliah menuju ke pintu utama Universersiti.
Kali ini saya melalaui jalan utama tidak merentas kebun zaitun yang luas. Saya
tidak mahu mengotorkan kasut Kickers yang
baru saja di beli Zarqa.
“Stanna syuwaiya..” terdengar satu suara dari belakang..
Battoul menunjukkan tanda tangan agar
tunggu sekejap .
Saya berhenti dan
menunggunya sampai dan kami berjalan beriringan ke pintu utama. Rupanya dia ada sedikit persoalan tentang
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia kurang jelas tentang penerangan Dr Abdul Rahman al Huweidi
tentang tugasan ‘Syair wasit’.
Saya bercerita apa
yang saya faham sahaja. Dia arab mestilah lebih faham dari saya. Jauh juga kami berjalan sehigga sampai ke
pintu pagar utama dan kami berpisah. Memang budaya Arab dalam kawasan
Universiti pergaulan lelaki dan
perempuan dalam dilihat biasa dan kadang-kadang agak melampau . Tapi bila
diluar lelaki dan perempuan seolah saling tidak mengenali antara satu sama
lain.
Memang saya tidak pernah nampak pasangan ‘cople’ diluar Universiti.
Kalau
saya melihat gadis bersama lelaki. Lelaki tersebut mungkin suaminya atau adik beradik lalakinya. Adalah menjadi satu keaiban jika perempuan
bersama lelaki bukan mahram. Itu budaya di Jordan.
Begitu juga dengan Battoul. Sampai di pagar Universiti dia terus pergi
bersama-sama rakan perempuannya. Tinggal
saya berdiri beratur untuk menunggu giliran menaiki ‘Coaster’.
Tiba-tiba saya terdengar hon kereta. Saya berpaling dan terlihat semua Mercedes hijau gelap.
Dr Qahtan al Duriy melambai tangannya kepada saya. Saya terus
menuju ke keratanya menjenguk ke tingkap.
“Bunayya… tafaddhal.. taal maie” (Anakku .. silakan
ikut saya). Dr Qahtan mempelawa saya menaiki
keretanya. Dia memang selalu memanggil saya ‘Ibni’. Saya membuka pintu dan duduk disebelahnyanya.
Selepas saling
bertanya khabar dia membuka cerita.
“Saya lihat kamu berjalan dengan pelajar perempuan tadi..
saya nampak dia berbual mesra dengan kamu.”
Allah.. rupanya ada orang memerhatikan saya berjalan dengan
Battoul tadi. Saya mengiyakan saja dan memberitahunya tentang perbualan tadi.
“Oh.. Hati hatilah dengan perempuan. Aku tidak marah . Cuma perlu beringat dan
berhati-hati bila membina hubungan dengan bukan mahram.”
“Ia membuka ruang syaitan menyucuk jarumnya.”
Allah berfirman dalam al Quran
قُل
لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا۟ مِنْ أَبْصَـٰرِهِمْ وَيَحْفَظُوا۟ فُرُوجَهُمْ ۚ
ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا يَصْنَعُونَ
(Surah an-Nur 24:30)
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
وَقُل
لِّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
(Surah an-Nur 24:31)
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan yang
beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka…”
“Jagalah pandangan, jagalah maruah, semoga kamu selamat
anakku!”.
Saya hanya terdiam, tunduk mendengar peringat Dr Qahtan yang
saya anggap sebagai bapanya yang sangat mengambil berat tentang anaknya.
Saya mengucapkan terima kasih atas teguranya. Selepas itu saya
akan mengelak juga terserempak dengan Battoul agar tidak berpeluang lagi
berbual dengannya.
Syukur kepada Allah yang telah menghantar segera sesorang
untuk menegur saya agar mengawal diri agar tidak hanyut jauh.
No comments:
Post a Comment