Itu antara perbualan yang saya dengar antara seorang pendakwah tabligh berwajah Pakistan dengan dua orang pemuda Arab di halaman masjid selepas solat isyak di Masjid Nur al Hidayah, Langkawi. Saya dan kawan saya Dr Azmi mengambil peluang solat Isyak di Masjid ini yang berdekatan hotel penginapan kami di Hotel Langkasuka, Langkawi.
Pemuda Arab tadi solat
bersebelahan dengan saya ketika solat Isyak tadi memakai kain pelikat yang
tidak kemas. Memang Arab tidak biasa
memakai kain pelikat ini melainkan Arab Yaman. Biasanya Arab akan memakai jubah atau seluar sahaja ketika solat di masjid.
Dr Azmi memberi tahu saya dialah
membantu dua pemuda Arab tadi memakai kain pelikat. Ketika masuk ke masjid dia terdengar ada jemaah masjid meminta dua pemuda Arab tadi
memakai kain pelikat kerana mereka berdua hanya berseluar pendek aras lutut. Walaupun menutup
aurat, ianya amat janggal bagi masyarakat Malaysia.
Selepas selesai wirid
dan doa saya melihat dua pemuda Arab tadi setia menuggu sehingga semua
selesai. Biasanya menjadi budaya Arab tidak duduk berwirid apatah lagi berdoa bersama imam. Mereka
biasanya akan terus bangun berlalu selepas solat atau berwirid atau berdoa secara bersendirian. Tapi
kali ini berbeza.
Saya baru perasan bahawa ada beberapa jamaah tabligh
di masjid tersebut. Rupanya
mereka sedang berkelana di masjid ini. Dua orang pemuda Arab tadi telah dijemput oleh mereka sebelum ini agar hadir
solat ke masjid. Patutlah mereka tidak bersedia dan hadir dengan pakaian yang
tidak sesuai untuk solat.
Sambil keluar masjid saya terdengar
perbualan dalam bahasa Arab. Pemuda tabligh Pakistan itu menerangkan dalam bahasa
Arab tentang kewajipan orang Islam.
“Kita sebagai hamba Allah
perlu jaga solat sebagai tanda syukur.”
“Kita perlu taat kepada Allah setiap masa.”
“Kita hidup atas dunia ini
hanya sementara, hidup di akhirat kekal abadi.”
“Jangan tinggalkan solat
walau dimana kita berada.”
Saya melihat dua pemuda Arab
mengangguk anggukkan kepalanya dan tekun mendengar.
Saya kagum dengan jamaah tabligh.
Mereka amat istiqamah dan berani dalam dakwah. Mereka mempiunyai kekuatan untuk
menyampaikan dakwah kepada sesiapa
sahaja. Tidak hairanlah ramai bukan
Islam tertarik kepada Islam dengan dakwah mereka.
Orang islam sendiri ramai yang berubah dan bertaubat
kembali kepangkal jalan kerana usaha
mereka. Walaupun mereka ini dipandang sinis oleh beberapa pihak sehingga dilarang tidur dimasjid,
Mereka tetap istiqamah menjalankan kerja dakwah. Banyak kejayaan mereka
hasil istiqamah mereka.
Kita semua ini yang kadang-kadang memandang sinis dan tidak
bersetuju dengan gerakan ini perlu muhasabah diri sendiri. Apakah sumbangan kita kepada dakwah? Berapa ramaikah
orang yang mendapat hidayah atas usaha
kita.
Apa yang kita lihat kekurangan jamaah ini boleh kita baiki. Apa yang baik kita bantu dan sokong. Semoga Islam ini dapat
disebar luaskan kepada semua insan di atas muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment