Saya bergegas naik ke rumah di tingkat atas. Sampul surat tebal titipan Dana kemas dipegang erat. Saya tidak sabar ingin menatap isinya.
Tangan saya mencapai gunting yang diletak dalam bekas bersama pen dan alat tulis lain. Dengan teliti saya menggunting hujung sampul agar tidak merosakkan isi dalamnya.
Saya menariknya isinya
dengan teliti. Terdapat satu kertas keras seperti kad dan satu lagi kertas
berlipat bertulis tangan. Kad tersebut terserlah dengan objek sekuntum bunga
Ros yang dihasilkan dengan cebisan cebisan bunga kering yang ditampal membentuk
sekuntum bunga. Warnanya sudah hampir pudar kerana ianya sudah hampir kering
lantaran cebisan tersebut adalah kelopak bunga yang asli. Saya tidak pasti apa
jenis bunganya. Manakala batang dan daun bunga adalah ranting dan daun asal
yang sudah diceraikan dan ditampal rapi.
Amat kemas dan teliti tampalannya. Cebisan daun kecil disusun rapi secara bertindan ditampal membentuk bingkai kad tersebut. Cantik dan kemas
hasilnya. Di bahagian bawah kad tertulis nama saya disusuli dan ungkapan ‘Ahla
zikrayaat…‘Dana al Zu’biy’. Kad ini nampaknya
hasil kraftangan Dana sendiri. Nampaknya dibuat khas untuk saya.
Kemudian saya membuka
lipatan kertas kedua berwarna ‘wardiy’. Kertasnya nipis tetapi cantik. Cantik
dan kemas tulisannya.
إلى عزيزي الغالي....
أكذب عليك إن قلت بحبك
وأني نسيتك
أكذب عليك
أكذب عليك إن قلت
نسيتك
ورجعت أفكر في اللي
فات
وأقول يا ريتك...
يا ريتك معايا
يا ريتك معايا
دايمًا على بالي
ولا بنساك
وساعات بشوفك
وأنت بعيد عني
معايا
في خيالي
"وداع يا غالي… الله يسعدك وين ما كنت"
Aku berbohong jika
aku katakan aku mencintaimu,
Dan aku sudah
melupakanmu — aku dusta padamu.
Aku berbohong jika
aku kata aku lupa…
Kerana aku masih
mengenang masa lalu dan berkata,
“Kalaulah kau masih
di sisiku…”
Kau sentiasa di
dalam fikiranku,
Aku tak pernah
lupakanmu,
Kadangkala aku
melihatmu… meski jauh dariku,
Kau hadir dalam
khayalanku.
Selamat tinggal
wahai kasih… Semoga Allah membahagiakanmu di mana sahaja kamu berada
Bait bait ini
kemudiannya saya tahu bahawa ia adalah lirik lagu qasidah dendangan ‘Wardah
al Jazairiyyah’.
Berkali-kali saya
membaca bait-bait tulisan Dana. Hati saya bungkam. Sedih. Saya berdiri di
tingkap merenung jauh melihat dan mengira-ngira dedaun pokok tin di belakang
rumah Abu Raghib.
Saya rasa bersalah kerana membuat keputusan itu.
Saya telah mengecewakan harapan sesorang. Rupanya Dana ke Yanbu bukan sekadar untuk
tinggal dengan pakciknya. Dia membawa diri memujuk duka hatinya.
Saya telah mengecewakan Dana.
Saya melipat warkah tulisan Dana itu kembali
menyelitkannya di celah kitab ‘Fatawa Muasirah’ yang sedang saya tekuni ketika
itu. Kad
kraftangan bunga ros tadi di usap dengan lembut. Kemudian saya letakkan
rak kitab disandarkan kepada
kitab kita yang tersusun kemas.
Hati saya meruntun
pilu. Keputusan sudah dibuat. Walaupun
ianya pahit dan terpaksa mengecewakan harapan sesorang. Saya yakin keputusan
itu adalah petunjuk dari Allah hasil istikharah saya beberapa hari. Hati saya berbisik memujuk bahawa Allah
maha mengetahui dan maha bijaksana. Allah telah aturkan jodoh yang terbaik untuk saya. Cuma masanya belum
tiba.
Sabarlah wahai duhai hati.
Jodohmu pasti tiba. Dalam diam saya berdoa agar Allah memberi ketenangan
kepada Dana . Semoga Allah cepatkan jodohnya dengan cinta hatinya yang sekufu.
Begitulah perjalanan hidup
ini. Kita perlu menerima bahawa takdir dan keadaan kadangkala tidak selari
dengan perancangan atau keinginan kita. Begitu jugalah cinta dan kasih. Saya teringat
bait-bait syair masyhur yang diungkapkan
oleh al Mutanabbiy:
مَا كُلُّ مَا يَتَمَنَّى الْمَرْءُ
يُدْرِكُهُ تَجْرِي
الرِّيَاحُ بِمَا لَا تَشْتَهِي السُّفُن
Tidak semua yang
diinginkan oleh manusia akan dapat digapainya;
angin kadangkala bertiup tidak seperti yang diingini oleh kapal.
No comments:
Post a Comment