Wednesday, July 30, 2025

TITIPAN ISTIMEWA..

 Hampir sebulan berlalu pertemuan saya dan Abu Raghib. Jiwa saya semakin tenang. Rutin harian sudah semakin tersusun. Pengajian saya tidak lagi diulit emosi  kacau.

Satu petang ketika saya pulang dari Universiti, sebelum masuk kerumah saya terserempak dengan Firas, kalau tak silap saya dia adalah anak ketiga Abu Raghib. Selepas kami saling bertanya khabar dan saya mahu beredar, beliau memberi isyarat jari sejemput yang memberi isyarat agar tunggu sebentar.


“Stanna syuwaiya, biddi ahki lak syaik. Nasyrab syai hunaak..” (tunggu sekejap, saya mahu cakap sesuatu. Kita minum teh di sana nanti).

Firas meminta saya tunggu sekejap sambil dia menunjukkan bangku dan meja kecil dibawah pokok anggur.

Saya duduk menunggu Firas sambil menikmati pemandangan halaman rumah. Tidak sampai lima minit Firas datang semula menatang dulang kecil dengan dua cawan teh. Dia duduk dan menghulurkan teh kepada saya. Ah.. kali ini syai dengan ‘maramiyah’ sejenis herba yang telah dikeringkan. Miramiyah ini membangkit aroma tersendiri yang agak istimewa dalam teh. Ia menjadi pilihan lain selain na’na’ (pudina).

Kami berbual-bual sambil mengihirup teh. Saya bertanyakan tentang Abu Raghib.

“Saafar ila Saudiayah qabla yaimain..” ( Dia ke musafir ke Saudi sudah dua hari).

“Addal umrah?” (tunaikan umrah) saya meneka.

“Laa…Raafaqa Dana lihnak” (Dia iring Dana ke sana). Wasfi menjawab sambil memandang saya.

“Dana!… Syu maa laha?” (Dana..! Kenapa dengan dia?” saya bertanya ingin tahu.

Wasfi memberitahu saya, sejak beberapa minggu ini keadaan Dana agak berubah. Dia menjadi agak pendiam. Mereka sekeluarga agak risau dengan keadaannya.  Abu Raghib membuat keputusan agar Dana tinggal sementara di Saudi dirumah pakciknya, adik kepada Abu Raghib. Dia bekerja di bandar Yanbu, bandar di tepi pantai. Mungkin Dana akan sambung belajar di Yanbu dan tinggal disana beberapa ketika.

Saya terdiam mendengar perkhabaran ini. Apa yang terjadi kepada Dana?. Firas kemudian mengeluarkan satu sampul dari poketnya lalu diunjukkan kepada saya.

“Dana bitasallam alaik. Hiyye talabit awassel lak haad” ( Dana minta sampaikan salam. Dia minta sampai ini pada awak).

Kami mengubah topik perbualan berkaitan perkembangan bola sepak dan juga sedikit isu politik. Saya meminta izin untuk pulang. Saya memegang kemas sampul titipan Dana. Tebal juga.

Apakah isinya..? Saya tak sabar untuk menatapnya.. Saya berlari ke atas.

Tuesday, July 29, 2025

SYAI BI NA’NA PEMUTUS KATA

Petang Jumaat saya memaklumkan kepada ‘Usaid’ adik lelaki Dana bahawa saya ingin berjumpa dengan Abu Raghib selepasAasar hari Sabtu untuk melunaskan sewa rumah. Saya sudah mengambil keputusan untuk m9emberi kata putus tentang tawaran Abu Raghib itu.




Petang itu hanya saya dan Abu Raghib di ruang tamu tingkat atas rumahnya. Abu Raghib mempersilakan saya duduk di ‘kanabah arabiyyah’ (Sofa Arab). Atas meja kecil sudah terdapat secerek teh dan beberapa cawan teh. Terdapat juga juga beberapa piring ‘fata’ir dan sambosak. Nampaknya ada menu istimewa sikit hari ini.

“Tafadhhal ibni…” (Silakan anak aku)

Selepas bertukar ucapan selamat dan bertanya khabar. Dia menuangkan teh ke dalam cawan dan diletakkan sedikit beberapa helai daun Na'na’ (pudina) . Na'na ini menjadikan teh lebih segar dan wangi.

Kami berbual pelbagai topik sambil mengirup teh segar. Selepas menghirup teh, saya rasa lebih tenang dan selesa.

“Jarrib fata’ir wa sambosak.. Dana sawaaitha” (Cubalah rasa pastri dan sambosak. Dana yang buat) Abu Raghib mempelawa saya.

Selepas merasai sepotong sambosak dan sekeping fatirah, saya memulakan perbualan. Sambil menghirup syai bi al na'na, saya memandang wajah Abu Raghib.

“An Iznik.. baddi ahki misyan Dana..” (Mohon izin. Saya mahu cakap tentan Dana). Saya memulakan perbualan.

“Eih na’aam. Tafadhhal.” (Ya. Silakan). Abu Raghib membetulkan duduknya sambil meletakkan cawan syai. Matanya tepat merenung wajah saya. Tenungannya menjadikan saya sedikit gugup. Saya kuatkan diri.

“Wallahi.. ana aasif.. ana mu mustaed.” (Demi Allah. Saya minta maaf. Saya tidak bersedia). Saya bersuara perlahan. Saya lihat renungan Abu Raghib semakin tajam.

“Bass Bakhaaf ma baqdar bas’ad Dana..” (Saya bimbang tidak mampu bahagiakan Dana) Sambung saya sambil tunduk mengelakkan bertentang mata dengan Abu Gharib.

Tommin qalbak. Khuz waktak…la tasta’jil ” (tenangkan hati, ambil masa, tak perlu segera).

Saya hanya diam tekun mendengar tutur Abu Raghib.

“Kalau kamu rasa berat pasal mahar.. tak payah fikir sangat.. tak perlu segera. Boleh tangguh.”

“Mungkin kamu boleh sediakan tiga ribu dinar dulu. Dua ribu tu kemudian tak apa.. Pasal rumah. Boleh tinggal dengan saya dulu.”

“Kamu ibarat anak kami. Kami sekeluarga sangat berjarap kamu jadi sebahagian keluarga kami.”


Allah.. sebak saya mendengar tutur kata pujukan Abu Raghib. Besarnya harapan mereka. Tidak sampai hati saya hendak kecewakan mereka. Saya hilang kata-kata.

Tapi, cetusan hati saya selepas beberapa hari beristikharah amat kuat mengatakan bahawa saya perlu buat keputusan segera. Saya masih muda dan perlu selesaikan pengajian. Taraf keluarga saya juga tidak setanding keluarga Abu Raghib.

“Saya suka pada Dana. Dia gadis yang cantik, lembut dan beradab. Itu hasil didikan ayah dan ibu yang hebat. Cuma saya ada halangan buat masa ini.”

“Saya amat gembira tinggal di rumah ini. Saya rasa selamat dan amat tenang dengan keluarga ini. Terasa seperti berada dirumah sendiri. Layanan dan kebaikan keluarga tuan adalah yang paling terbaik saya dapati sehingga hari ini.”

“Tuan ibarat ayah bagi saya di sini.”


Saya menyusun kata dengan hati hati agar tidak mengguris hati Abu Raghib. Suasana hening seketika. Kami berdua diam tanpa kata. Saya tercari-cari alasan yang sesuai.

“Ibu saya nasihatkan agar fokus kepada pengajian dulu.”

“Ayah saya amat hargai tawaran tuan. Cuma dia minta saya fikir banyak perkara demi kemaslahatan bersama.”


Saya terpaksa menggunakan helah keluarga walaupun sebenarnya mereka tidak diberitahu tentang hal ini. Banyak perkara yang saya perlu buat pertimbangan. Saya bukan dari keluarga senang. Kalau saya terima tawaran ini saya perlu mengikat perut membuat simpanan. Saya tidak dapat lagi menghantar duit ke kampung membantu keluarga.

Isu kufu menjadi asas pertimbangan saya. Perbezaan budaya juga menjadi pertimbangan penting. Saya rasa masih belum matang untuk menghadapi isu rumahtangga seawal usia ini.

Hati saya sudah cenderung untuk membuat keputusan ini. Itulah petunjuk istikharah saya selama ini. Saya yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk masa depan saya.

“La alaik.. anta hurr” (Tak mengapa. Kamu bebas buat keputusan). Suara Abu Gharib mengejutkan lamunan saya. Lega hati saya mendengar kata kata ini. Semoga Allah mengatur jodoh yang terbaik untuk saya.

Monday, July 28, 2025

HENING PETANG BAWAH RIMBUNAN ANGGUR

Petang sabtu saya berseorangan di rumah. Kawan serumah belum pulang  selepas dia keluar dari pagi. Saya keluar sekejap ke ‘baqalah’ Abu Mazin (kedai runcit)  berdekat dengan rumah saya untuk mencari makanan ringan sebagai jajan ketika membuat tugasan, malam nanti.

Ketika saya sedang  berjalan ingin keluar dari pagar rumah, saya terdengar gelak ketawa lembut  perempuan. Pagar rumah di Jordan ini dibina dari tembok konkrit melepasi paras kepala. Ia dibina begini memberi ruang privasi kepada ahli keluarga perempuan untuk bergerak bebas dalam halaman rumah tanpa dengan batas aurat yang ringan. 


Rumah ini mempunya dua pintu pagar. Pagar utama biasanya untuk keluarga tuan rumah. Kami menggunakan pintu pagar sisi yang lebih kecil. Ketika saya sedang menuju ke pagar saya terpandang kelibat tiga orang gadis sedang berbual dibawah pepohon anggur. Dibawahnya ada beberapa bangku untuk berehat.

Laman laman rumah di Jordan biasanya akan ditanam dengan pokok pokok anggur yang akan menjalar di atas para  besi melepasi kepala. Para besi ini yang dijalari oleh dahan-dahan anggur menjadikan ia seperti bumbung yang menghiasi laluan masuk ke rumah. Kali ini buah agak berbuah lebat tapi belum matang. Jika ia sudah masak,  buah anggur berjuntaian di atas kepala. Alangkah indahnya pemandangan itu.

Ya.. Dana ada disitu mungkin dengan sepupu atau kawannya kerana setahu saya dia hanya ada kakaknya yang sudah berkahwin. Tiba-tiba gelak ketawa dan hilaian terhenti dan mata mereka semua memandang  saya yang sedang berjalan keluar.

“Assalamualaikum.. Masaal khair..!” Saya menyapa mereka sambil tersenyum.

Tiba-tiba dua daripada gadis tadi bangun dan pergi meninggalkan Dana keseorang di situ. Saya sedikit kaget. Dana berdiri mengadap saya. Wajahnya tunduk kebawah. Saya terpaksa berhenti kerana kedudukannya menghalang laluan saya untuk keluar.

“Keifiiik?”  (Apa habar) saya menyapanya.

“Kheirr..” (baik) Jawab sambil mengangkat wajahnya dan mengukir senyum.

“Baba maujud bil beit..?”  (Ayah ada di rumah?) Hanya itu soalan spontan keluar dari mulut saya..

Ei.. naam” (ya) Sepatah saja dia menjawab

Saya tak ada kata yang mahu dituturkan. Bungkam. Hanya mampu berdiri.

“Wein rayihh” ( Nak kemana?) Terdengar suaranya bertanya perlahan.

Biqalah Abu Mazin…. An iznik”. (Kedai Abu Mazin.. Mohon Izin) Saya menjawab sambil mengulurkan tangan minta laluan.

Dana mengelak ke tepi memberi ruang saya keluar.. Ketika mahu keluar dari pagar mata saya melirik kebelakang. Dana masih di situ melihat saya keluar.

Hati saya berkecamuk. Saya masih belum pasti apa yang berlaku sebenarnya. Adakah tawaran Abu Raghib tu hanya cetusan ayahnya atau permintaan Dana sendiri. Saya sendiri semenjak tinggal di rumah ini tidak ambil kisah sangat tentang keluarga Abu Raghib. Bertanyakan tentang hal keluarga adalah satu keaiban bagi masyarakat di sini. Cukup sekadar bertanya khabar saja.

Ah.. Dana masih muda. Umurnya baru 16 tahun. Saya pun baru mencecah 22 tahun bulan ini. Kalau di Malaysia gadis baya ini masih mentah. Masih bersekolah di tingkatan 4. Tapi dalam masyarakat Arab kematangan  fizikal perempuan lebih awal. Pelajar sekolah sekolah rendah pun ramainya sudah kelihatan matang layak memikul tugas isteri dan ibu. Namun rasanya tidak mungkin ini adalah keinginan Dana sendiri.

Hampir telepas ‘Biqalah Abu Mazin’ lantaran berjalan dengan fikrian yang melayang. Nasib masih saya masih ingat lagi barangan yang ingin dibeli. Selepas memasukkan sepaket chip kentang, dua paket biskut Turkey dan dua kotak air ‘Zakiy’ saya menapak kembali kerumah.

Saya mesti membuat keputusan segera. Saya mesti serius dan tegas dalam membuat keputusan. Teringat pesan Dr Qahtan tempoh hari. Ya.. saya mesti serius istikharah mohon petunjuk dari Allah. Hanya Allah yang maha tahu. Allah maha bijaksanana. Hanya dia yang tahu untung rugi nasib hambanya.

Bermula hari itu setiap malam sebelum subuh saya bangun lebih awal untuk solat tahajjud dan ditambah pula dengan solat istakharah khas. Ditutup dengan munajat, witir dan doa agar diberi petunjuk dan jalan keluar yang terbaik tentang Dana.

Satu kebetulan pula beberapa hari lepas, Imam Masjid Bilal bin Rabah, Masjid Universiti Al Bayt telah membuat kuliah ringkas selepas zohor berkisar adab beristikharah. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya.

“istikharah amat perlu dalam membuat keputusan besar, terutama pemilihan pasangan hidup.”

“Keputusan istikharah bukan bermaksud menunggu mimpi, tetapi menyerahkan urusan kepada Allah dan melihat di mana hati menjadi lebih tenang selepas itu.”

Selepas solat sunat dua rakaat saya membaca doa ini dengan penuh penghayatan dan harapan:

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ. اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (sebutkan perkara tersebut) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ. وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ، وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ أَرْضِنِي.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu daripada limpahan kurnia-Mu yang agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau Maha Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui. Engkaulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat atau perkara yang ingin dipilih) adalah baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku – atau sabdanya: dalam perkara dunia dan akhiratku – maka takdirkanlah ia untukku, mudahkanlah ia bagiku dan berkatilah aku padanya.

Dan jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk untukku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku – atau sabdanya: dalam perkara dunia dan akhiratku – maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian redhakanlah aku dengannya.”

Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya. Sebelum subuh saya tidur sekejap dengan harapan mendapat jawapan dalam mimpi. Walaupun saya tahu jawapan istikharah tidak semestinya melalui mimpi, tetapi boleh hadir dalam bentuk ketenangan atau kecenderungan hati. Allah juga memberi petunjuk dengan menjadikan sesuatu urusan itu menjadi mudah atau sukar.

Saya berserah kepada Allah. Saya redha dengan ketentuan apa saja keputusanNya.

Friday, July 25, 2025

JIWA MESTI KERAS SANGGUP PIJAK KEPALA ISTERI!

Petang Jumaat selepas makan tengah hari dirumah kawan di tengah Hayyu Dhubbat, saya berjalan kaki ke pasar mencari beberapa barang yang diperlukan. Oleh kerana saya tinggal berdua tidak ekonomik untuk memasak. Jadi hanya menumpang berkongsi memasak dengan rumah kawan kami yang ramai ahlinya. Lebih jimat dan menguntungkan.

Kali ini saya membeli banyak jenis buah sebagai santapan santai hujung minggu sambil menonton filem. Kawan serumah saya telah pinjam beberapa  tape video filem P. Ramlee dan Sitcom Pi mai Pi Mai Tang Tu dari senior kami di Amman. 


Penuh tangan saya membimbit buah ‘Durak, khukh, Inab hitam dan juga karaz. Kali ini banyak jenis buah dibeli. Mahu tenangkan fikiran dengan makan buah buahan.

Biasanya kalau tidak banyak barang, saya hanya balik kerumah berjalan kaki sahaja. Hari  ini banyak barang yang perlu di bawah. Saya  mengambil menaiki teksi atau pikup untuk balik kerumah di Hayy Dhubat.  Tambang pun murah saja. Hanya setengah dinar sahaja.

Saya menahan   teksi berwarna kuning yang kebetulan melintas di depan mata. Teksi kuning model Nissan Sentra  itu berhenti. Saya membuka pintu dan masuk dan pemandu terus menyapa saya..

“Ahlan akhi..… Apa khabar..?”

“Apa khabar keluarga kamu?”

“Bagaimana pengajian kamu?”

Begitulah budaya Arab..suka bermujamalah.. bertubi tubi soalan dihala kepada saya. Jawapannya mudah saja.

“Alhamdulillah… Khair…”

Mahmoud, pemandu teksi ini sudah mengenali saya. Banyak kali saya menggunakan khidmatnya . Beberapa kali juga dia menghantar saya ke Universiti bila saya terlewat dan ketinggalan bas. Pekan Mafraq ni kecil saja mudah nak mengenali Arab terutama yang baik dengan pelajar Malaysia.

Tanpa diberitahu, dia terus menuju kerumah saya.  Kami berbual bual kosong pelbagai topik.  Ketika sudah hampir kerumah saya. Saya membuka topik pasal kawin. Imad ni  baru beberapa tahun kawin dan mempunyai seorang anak perempuan kecil. Saya  bertanya pandangannya tentang  tentang tawaran Abu Raghib tersebut.

“Ha ha.. Ballah… An Jaad..  Aradh alaika bintah.?”

( Demi Allah.. Seriuskah? Dia tawarkan anak perempuan dia pada kamu?)

“Ini pelik. Amat jarang berlaku. Mungkin kamu  ni jejaka mulia , akhlak baik, bertaqwa. Dia percaya kepada kamu.  Biasanya nak lepaskan anak perempuan ke kabilah lain pun susah.  Inikan pula kepada  Malizi yang   jauh beribu batu.”

Teksi sudah sampai  hadapan rumah saya. Namun perbualan masih hangat. Kami terus berbual dalam kereta.

“Tapi aku lihat kamu Maliziy ni amat lembut dan beradab. Aku tidak pernah lihat Maliziy marah marah. Apatah lagi bertengkar. Amat berbeza dengan bangsa kami. Semua hal mahu bertelagah. Semua perkara mahu dibangkang.  Keras kepala.  Sama saja lelaki atau perempuan.”

Aku termanggu  mendengar Mahmoud  bercerita dengan penuh semangat.. macam berkhutbah.

“Berdasarkan pengalaman aku  yang sudah berkeluarga. Aku perhatikan kehidupan dan budaya masyarakat aku. Aku nampak macam  susah  serasi antara Maliziy dan Urduniy.”

“Saya pernah lihat lelaki Arab bergaduh. Kalau perempuan tidak pernah pula. Setakat saya lihat    perempuan atau gadis Arab juga lembut dan beradab. Sama ja dengan  Maliziy.” Saya mencelah.

“Ha ha.. kamu tak pernah lihat lagi.. Mereka tak bertengkar kat luar. Ha.. kalau dalam rumah  mahu kiamat la juga gayanya.”

“Hidup berumah tangga suami isteri ini bukan tiap hari senang.. ada hari juga berperang. Banyak kali. Aku rasa perempuan Malaysia bertengkar dengan suami lawan mulut saja..  kalau suami angkat suara sikit mereka diam.”

“Kami ni, kalau bertengkar, Isteri  lawan secara fizikal juga. Bukan sekadar mulut.  Teruk .  Golongan suami kena tegas dan keras. Kalau berlembut  memang tak selesai masalah.”

“Kalau kamu sanggup pijak kepala isteri kamu ketika bertengkar,  Kamu akan mampu  tundukkan isteri kamu. Begitu lah contoh mudah aku bagitahu kamu.”

“Aku bukan nak memburukkan bangsa aku. Aku bukan juga nak menakut nakutkan kamu. Tapi itulah realiti  budaya kami.  Kamu mampukah?”

“Aku rasa Abu Raghib tu dah fikir panjang untuk kepentingan anak dia. Dia  mahu anaknya selamat dan bahagia dengan Maliziy yang terkenal lembut dan sopan. Dia lebih percaya kamu dari bangsanya sendiri yang sudah terkenal kasar.”

“Hah satu lagi. Kamu pun lihatkan  falsafah kami. Lepas kawin perempuan mesti gemuk gedempol. Lelaki mesti ‘kirsy..”  (perut buncit) sebagai tanda bahagia. Isteri aku tu dulu cantik, ramping bak bidadari. Sekarang lepas dapat anak seorang  dah jadi   saiz beruang. Terima sajalah.” Ujar Imad sambil gelak panjang.

“Kerja aku sebagai pemandu teksi ni penat amat..  balik rumah dah malam. Aku nak rehat. Tapi, bukan dapat rehat pun. Kena paksa bagi nafkah batin pula. Kalau tak bagi, perang besar nanti.  Kadang kadang kalau aku letih sangat aku balik rumah keluarga aku dulu . Berehat dan tidur sepuas nya lepas itu baru balik rumah.”

Aku tergelak mendengar luahan Mahmoud. Lama juga kami berbual.  Saya  menghulurkan tambang setenga  dinar pada Mahmoud.

“Kamu tak lambat kah?.. kamu dah rugi berapa ramai pelanggan  kerana melayan  saya kat sini.”

“Ma alaisy ya akhi… nahki kalam jamil.. nasihah… lil ikhwah..” Dia menjawab sambil mengangkat kedua belah tangannya.

“Ingat tu…   hati kamu mesti keras sehingga sanggup pijak kepala isteri baru kamu layak kawin dengan Arab. Itu nasihat ikhlas dari aku.”

Mahmoud mengangkat tangannya kepadaku dan berlalu pergi meninggalkan aku menjinjing buah buahan tadi.

Adakah saya sanggup memijak kepada Dana nanti bila bertengkar nanti?. Tidak sanggup saya membayangkannya situasi itu.

Islam mengajar para suami berbuat baik dan berlembut dengan isteri. Konflik rumah tangga perlu diuruskan dengan baik dan bijaksana.  Saya teringat ayat al Quran Surah An-Nisa' ayat 19

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ

"Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik (ma'ruf).”

 Rasulullah juga berpesan dalam Hadis Riwayat al-Tirmizi & Ibn Majah

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku."

 Juga Hadis Aisyah RA – Riwayat al-Bukhari Aisyah berkata: “Tidak pernah sama sekali Rasulullah SAW memukul apa-apa dengan tangannya, tidak juga perempuan dan tidak juga khadam...”

Usahkan pijak kepala. Naik tangan pun tidak pernah dibuat oleh Rasulullah. Rasulullah adalah qudwah terbaik sebagai suami yang menyantuni ramai isterinya yang pelbagai wataknya.

Ketika  sedang menaiki tangga kerumah saya ditingkat atas, terlintas difikiran. Kalau  lah  si gadis manis  bertudung labuh yang saya lihat di perpustakaan tempoh hari tu jadi isteri. Tak perlu rasanya saya angkat  suara jika  berbalah. Pijak kepala jauh sekali. Itu bukan ajaran Islam, bukan juga budaya Melayu.


Thursday, July 24, 2025

BICARA CELAHAN POHON ZAITUN

Usai kuliah ‘Naqd al Hadisth’ dengan Dr Syukri al Madhiy saya mahu terus pulang segera kerumah. Fikiran terasa penat  dan badan seakan longlai.  Saya perlu tidur. Perbincangan tentang karya prosa moden ‘alkarz al mansiy’ tadi hanya aku dapat simpulkan mudah hanya ibarat ‘kacang lupakan kulit’ dalam budaya Malayu.

Saya mengambil jalan pintas ke pintu utama. Jalan pintas ini perlu merentas kebun zaiton yang sedang mekar subur. Biasanya jalan ini boleh menjimatkan masa hampir 10 minit juga dari jalan biasa. Kurangnya jalan ini hanya harungan debu dan juga selut bekas siraman air pokok saja. Kasud dan seluar akan kotor sedikit. Saya hanya mahu pulang cepat. 


Antara kebijakan Presiden Universiti al Bayt ketika itu ayahanda kami Dr Adnan al Bakhit ialah rancangan menukar tanah lapang Universiti menjadi ladang ladang zaitun nan luas. Ianya di jaga oleh Pakcik dan makcik badwi yang mahir dengan lenggok pokok zaitun. Universiti akan dapat hasil dan pada masa yang sama memeberi peluang kerja kepada masyarakat tempatan,

Sedang saya ralit menyelit dalam celahan pohon zaitun paras dada ketika itu tiba-tiba tersegar alunan nyanyian lagi yang sedang panas ketika itu. Mesti ada sesiapa yang mamainkan radio di tengah ladang zaitun ini. Saya berhenti melangkah dan mencari dari mana datangnya alunan suara Najwa Karam yang sedang mendendangkan lirik.. “Khayarouni ibn al am khayarouni ibn al khal..”

Saya terlihat kelibat 3 orang makcik badwi yang sedang duduk  berehat di satu sudut sambil mendengar radio. Mereka sedang berehat selepas bekerja menyantuni pokok zaiton rupanya sambil berhibur dengan mendengar radio.

Saya menegur mereka dan saling bertanya khabar sebagaimana biasa permulaan sembang dengan Arab. Rumit juga untuk memahami seluruh perbualan. Lahjatnya pekat yakmat. Saya layan saja seolah memahami semuanya.

Saya bertanyakan makna  bait bait lagu Najwa Karam sedang berkumandang di radio. Salah seorang makcik tadi yang saya lihat paling muda antara mereka amat teruja dan mula berdiri sambil menyanyi lagu tadi seiring dengan radio tadi.. Ah.. dia sudah naik syeikh…

خيروني ابن العم، خيروني ابن الخال

Khayyarūnī ibn al-‘amm, khayyarūnī ibn al-khāl

قلت لهم يا هلي، أنا براسي موال

Qultu lahum ya ahli, ana birāsī mawwāl

ابن عمي وما يهنا لي، ابن خالي وما هو بالي

Ibn ‘ammī wa mā yihna lī, ibn khālī wa mā huwa bālī

Dia amat menghayati lagu itu sambil tangan digerakkan ke muka saya.  Saya hanya tersenyum. Bila saja selesai lagu tadi di radio saya memujinya.

Wah.. pandai ammah nyanyikan lagu tadi.. saya tak dapat beza antara suara Najwa dan suara Ammah. Lagu tadi cerita pasal apa?

Saya membahasakan dirinya Ammah (Makcik). Apa lagi bersemangat lah dia .. dia mula bercerita lagu tadi mengisahkan tentang dilema gadis-gadis yang dipaksa kawin oleh keluarga walaupun ada pilihan sendiri. Memang sudah  menjadi budaya Arab Jordan dan juga seluruh negara Arab.

Budaya Arab Jordan setahu saya amat taksub dengan kabilah sendiri. Perkahwinan biasanya diatur sesama kabilah agar kabilah menjadi lebih besar. Perkahwinan merentas kabilah hanya mengecilkan saiz kabilah jika anak perempuan berkahwin dengan kabilah lain. Jadi budaya kawin dengan keluarga terdekat tidak asing di Jordan. Ramai yang kahwin sesama sepupu sepapat saja.

Anak perempuan tidak bebas memilih jodohnya sendiri. Mereka hanya pasrah pada aturan keluarga sahaja. Melawan aturan keluarga boleh dianggap derhaka kepada keluarga. Jika mereka engkar dan lari bersama lelaki kekasih boleh mencetuskan kes bunuh atas alasan menjadi aib keluarga. Ini selalu berlaku.

Berikut adalah lirik penuh lagu “Khayyarouni” (خيروني) nyanyian Najwa Karam

أنا مقدر أكابر على حالي

Ana ma qidirt akabir ‘ala hali

Aku tak mampu berpura-pura dengan diriku sendiri,

 

وأقول لك يا ابن العم إنت حلالي

Wa aqullak ya ibn al-‘amm, enta halalī

Dan berkata kepadamu, wahai sepupu sebelah ayah, bahawa engkau adalah jodohku.

 

مقدر أكن لك جسد من غير روح

Ma qidirt akun lak jasad min ghayr ruh

Aku tak mampu menjadi jasad tanpa roh untukmu,

 

روحي روحي معلقة بولد فيها الغالي

Ruhī ruhī mu‘allaqa biwalad fīha al-ghālī

Rohku telah terikat pada seorang lelaki yang amat aku cintai.

 

خيروني ابن العم، خيروني ابن الخال

Khayyarūnī ibn al-‘amm, khayyarūnī ibn al-khāl

Mereka menyuruh aku memilih – sepupu sebelah ayah atau sepupu sebelah ibu.

 

قلت لهم يا هلي، أنا براسي موال

Qultu lahum ya ahli, ana birāsī mawwāl

Aku kata kepada keluargaku, “di kepalaku sudah ada irama cinta sendiri.”

 

ابن عمي وما يهنا لي، ابن خالي وما هو بالي

Ibn ‘ammī wa mā yihna lī, ibn khālī wa mā huwa bālī

Sepupu sebelah ayah tak memberi ketenangan padaku, sepupu sebelah ibu tak ada dalam fikiranku.

 

ما أريد غير شويقي، شويقي والقلب هو الميال

Mā urīd ghayr shwayqī, shwayqī wa al-qalb huwa al-mayyāl

Aku tak mahu selain kekasih hatiku – dialah yang hatiku cenderung kepadanya.

 

يا هلي يا أغلى الناس، طلبكم على العين والراس

Yā ahli yā aghlā al-nās, talabkum ‘ala al-‘ayn wa al-rās

Wahai keluargaku yang paling aku kasihi, permintaanmu aku junjung tinggi.

 

لكن إنتوا ما ترضون أجرد قلبي من الإحساس

Lākin entu mā tardaūn ajarrid qalbī min al-ihsās

Tapi kalian tak rela kalau aku buang perasaan dari hatiku.

 

يا هلي ليش الملام، ليش نزيد بالكلام

Yā ahli, līsh al-malām, līsh nzīd bil-kalām

Wahai keluarga, kenapa menyalahkan? Kenapa menambah kata-kata?

 

الله العالم بالقلوب، والهَوى ما هو حرام

Allāh al-‘ālim bil-qulūb, wa al-hawā mā huwa harām

Allah yang Maha Mengetahui isi hati – dan cinta itu bukanlah sesuatu yang haram.

 

Lagu ini meluahkan isi hati seorang wanita yang berdepan dengan pilihan jodoh yang ditetapkan keluarga (anak saudara sebelah ayah dan ibu), tetapi hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Dia menghormati keluarganya, tetapi tetap teguh dengan prinsip cinta yang ikhlas dan benar dari hati.

Lagu ini menjadi nyanyian dan siulan gadis-gadis Arab. Pernah sekali ketika saya dalam bas dalam perjalanan ke Amman ,saya melihat seorang  gadis menangis ketika lagi ini dimainkan dalam bas tersebut.

 

 

 

“Ammah pun kawin sepupu jugakah?” Saya menebak.

Dia tersenyum simpul memandang saya.

“Naam.. Ibn al Khal… Bass. Ana Radhiah..”

(Ya.. sepupu sebelah ibu.. Tapi.. Saya redha)

Saya tergelak kecil tak dapat ditahan.. tetapi saya menunjukkan isyarat jari bagus kepadanya.. dan disambut dengan isyarat yang sama. Saya minta izin untuk pulang.

Terlintas di fikiran saya. Adakah ‘Dana’ juga dilanda dilema sebegini. Walaupun saya bukanlah ahli keluarga sendiri, mungkin dia sudah ada buah hatinya sendiri. Maklumlah saya tidaklah sekacak lelaki Arab.


Wednesday, July 23, 2025

ISTAKHIR BILLAAH YA IBNI! ALLAH MAAK

 Beberapa hari juga saya hanya melayan fikiran sendiri. Buntu juga memikirkan jawapan yang tuntas yang sepatutnya diberi kepada Abu Raghib. Betulkah ini adalah harapan ‘Dana’ sendiri atau hanya aturan Abu Raghib dan keluarga.

Pagi Selasa saya mengambil keputusan untuk bertemu guru mursyid  yang banyak menjadi tempat meminta pandangan dan nasihat. Dr Qahtan al Duriy ketika itu ialah ketua Jabatan Usululludin  dan pernah mengajar saya madah Aqidah.  Saya juga  bertalaqqi setiap minggu kitab ‘Safwatul Ahkam’ Kitab susunan  beliu sendiri membincangkan tentang hadis hukum. 


Hari kelas saya bermula jam 11 pagi selama sejam setengah, namun saya datang awal ke universiti. Jam  lapan pagi saya dah tercegat depan  restoran  ayam bakar ‘Manqal’ menunggu coaster  ke Universiti.  Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes hijau gelap berhenti di  depan saya. Setelah cermin sisi penumpang diturunkan terdengar pelawaan:

“Ya ibni tafadhal, taal maie ilal jamiah (Wahai anak ku, jom  ikut saya ke universiti).” 

Saya kenal sangat kereta ini sebenarnya. Dah  banyak kali  membawa saya ke jamiah.   Setiap kali dia  berhenti   itulah ayat yang sama itulah diulang menjemput saya naik ke keretanya.  Saya  segan sebenarnya dengan Dr Qahtan. Setiap kali bercakap dengan saya  mulutnya tak lekang dengan sebutan ‘ibni’. Kadang-kadang bila saya nampak keretanya saya buat-buat tak nampak dan buat buat sibuk tengok tempat lain. Tapi dia tetap cam saya.

Hari ini baru saja terlintas di hati ingin bertemunya di pejabat. Allah  sudah aturkan saya bertemu  Dr Qahtan lebih awal.  Ini satu petanda baik .  Selepas saling bertanya khabar, saya memberitahu hajat sebenar untuk kepejabatnya minta pandangan dan nasihat. Saya  menceritakan tentang   tawaran Abu Raghib tuan rumah saya itu.

Ya Ibni… kamu adalah anak yang baik. Berakhlak mulia.. tak  pelik ramai orang menyayangi kamu.”

“Tawaran itu adalah satu kepercayaan dan harapan sebenarnya. Bukan senang seorang ayah  melepaskan anak permpuan yang ibarat sebagai permata berharga kepada orang luar kabilah. Apatah lagi kepada orang ajanib (asing) yang amat jauh dan tidak dikenali asal kabilahnya .”

Saya  bertanya tentang pandangan  fekah tentang isu perkawinan  terutama soal kufu. Saya pernah terbaca syarahan dalam kitab yang  menyebut bahawa bangsa Arab tidak sekufu dengan bangsa lain dalam memilih pasangan suami isteri.

Jarak perjalan ke Pintu utama Universiti sekitar 7km  biasanya mengambil masa sekitar 10 minit banyak juga boleh bincang dengan  Dr Qahtan sebelum kami sampai ke Universiti.

“kufū’ merujuk kepada kesetaraan antara calon suami dan isteri dari pelbagai aspek seperti agama, keturunan, status sosial, harta, pekerjaan, dan akhlak. Tujuannya adalah untuk menjamin maslahah rumah tangga dan mengelakkan konflik selepas pernikahan.”

“ia bukanlah syarat sah nikah. Tetapi ia sekadar panduan yang patut dipertimbang untuk memastikan kelangsungan rumah tangga yang adatnya tak akan lekang dari ujian dan perselisihan antara dua suami isteri.”

“Ulamak 4 mazhab bersepakat mengatakan bahawa kufu ini ditegaskan pada agama dan akhlak, Mazhab Abu Hanifah agak memberi penakanan tentang ini manakala mazhab lain lebih ringan. Tetapi semuanya sepakat mengutamakan setaraan dari segi agama dan akhlak.”

Berkaitan pandangan bangsa Arab hanya sekufu dengan bangsa Arab sahaja itu pandangan klasik yang berpandangan bangsa Quraish hanya sekufu sesamanya sahaja. Namun konteks itu berbeza untuk zaman sekarang.”

Saya bercerita sedikit tentang  kerisauan saya pasal perbezaan rentas bangsa, keluarga, budaya, kawangan dan pelbagai lagi.

“Ya Ibni.. kamu bijak dan sudah matang dalam membuat pertimbangan. Tidak ramai pemuda sebaya kamu yang berfikir sejauh itu. Ya.. persoalan itu juga termasuk dalam perbincangan kufu ini. Ia bergantung kepada keadaan setiap individu itu sendiri. Kamu sendiri boleh menilai dan membuat keputusan.”

“Isu budaya juga besar. Tidak semudah itu ingin mengubah prinsip dan kepercayaan. Lebih lebih lagi jika ‘bint’ anaknya itu masih tidak matang dan kurang berilmu. Ia boleh jadi punca perselisihan. Ilmu dan kematangan adalah amat penting untuk memilih pasangan hidup. Kamu nak hidup bersamanya sepanjang hayat. Bukan sekejap.”

Saya hanya mengangguk anggukkan  kepala mengiyakan penerangan guru mursyid saya. Kami sudah melepasi pintu gerbang Universiti dan sudah hampir sampai ke Bangunan kuliah Usul.

“Jangan ikut hawa nafsu, jangan hanya ikut amarah cinta, fikirlah segalanya tentang keluarga, kewangan, masa depan kehidupan kamu. Ramai juga mengabaikan soal kufu ini dan hidup mereka penuh cabaran dan gagal dalam bahtera rumah tangga.”

Betul. Melalui pembacaan saya tentan pasangan yang berkawin rentas budaya, status, latar berlakang ekonomi yang indahnya sementara. Bahtera mereka hancur dilanda badai. Agama islam sudah sediakan pelbagai panduan dan saranan terbaik untuk diikuti.

Dr Qahtan juga mengingatkan saya tentang pesanan  Rasulullah dalam urusan memilih isteri :

"تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا، وَلِحَسَبِهَا، وَلِجَمَالِهَا، وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ، تَرِبَتْ يَدَاكَ."

"Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau beruntung."

“Beristikharahlah.. serah pada Allah. Allah lebih tahu untung baik masa depan kamu.”
“Baik pada kita tidak semestinya baik pada Allah. Buruk pada kita mungkin baik pada pada Allah. Allah maha mengetahui. Berdoalah padannya.”

“Ma khaaba manistakhaara..(Tidak akan kecewa sesiapa yang beristikharah). Itu pesan nabi.

“Pastinya ada jalan keluar. Allah tidak akan kecewakan kamu. Saya akan doakan kebaikan untuk kamu.”

“Istakhir billah, Allah maak (Beristikharah kepada Allah, Allah bersama kamu)”

Dalam tempoh 15 minit itu banyak nasihat dan pesan guruku Dr Qahtan al Duriy. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan nasihatnya yang amat berharga.  Masa masih awal jadi saya mengambil keputusan untuk ke Perpustakaan Universiti sementara menunggu kuliah jam 11.

Pagi masih awal. ‘Maktabah al Hishimiyyah’ masih lagi kosong. Saya masuk ke bahagian kiri tingkat bawah untuk memilih bacaan bebas mengisi masa lapang. Saya mengambil tempat di meja paling belakang jauh dari laluan. Buku ‘al Urubah fil Islam’ karangan Dr Said Ramadhan al Butiy dibelek dan cuba dihadami.

Tiba tiba mata saya melirik kepada seorang gadis manis bertudung labuh yang sedang asyik membelek buku tidak jauh dari meja saya. Pelajar Malaysia. Pelajar KPM juga. Hati saya berbisik

“Eh awalnya dia datang. Rajin sangat orangnya.  Patutlah  dia tapau semua markah setiap madah. Kenapa hari ini dia seorang diri. Biasanya dia akan ditemani oleh kawannya yang tinggi lampai tu kemana sahaja berdua.”

Biarlah..

Saya perasan sudah setengah jam aku di muka surat yang sama. Saya mengelamun jauh, bukan lagi membaca.

Tuesday, July 22, 2025

SEJAMBAK NARJIS NAN INDAH

“Eh enta fein… wasalna al jaamiah ”

Terkejut saya mendengar laungan kelindan coaster. Rupanya saya termenung hanyut di bangku belakang. Coaster yang memjadi kenderaan saya seharian sudah sampai ke pintu gerbang universiti rupanya. Aku jauh melalut rupanya.

Selepas peristiwa pelawaan Abu Raghib tu, hidup saya agak kacau sedikit. Banyak melalut dan hanyut tapi tidak lah teruk rasanya. Susah juga nak buat keputusan. Saya tidak banyak berkongsi peristiwa itu pada orang lain. 


Banyak perkara yang perlu saya fikirkan. Ini soal masa depan. Keputusan ini mesti dibuat secara bijaksana. Banyak hal yang perlu difikirkan. Saya langsung tidak memberitahu ibu dah ayah saya di Malaysia sana. Saya tak mahu menyusahkan mereka berfikir untuk anaknya ini.

Saya sebagai pelajar tajaan KPM hanya mendapat elaun sebanyak RM1050 sebulan tidaklah mewah sangat. Ketika itu jika ditukarkan ke USD hanya dapat dalam USD400 sahaja. Tukaran USD100 biasanya dapat JD78 sahaja. Kalau bernasib baik dapatlah JD80 jika duit dollar jatuh.

Saya mencongak untuk dapatkan wang mahar JD5k tu perlu tempoh hampir dua tahun juga menyimpan. Sewa rumah mafrusyat (berperabot penuh) ketika itu sekitar JD200 sebulan bergantung kepada saiz rumah. Sekarang ini saya berkongsi membayar sewa. Jika hidup dengan ‘Dana’ nanti kosnya saya sorang saja tanggung. Parah juga. Belum kira belanja harian lagi.

Saya pernah beberapa kali hadir majis perkahwinan kawan kawan Arab. Perkahwinan mereka disambut besar besaran juga. Ada hari jamuan walimah, dimana tetamu dijemput makan dengan menu terkenal mereka ‘Mansaf’ kambing. Setakat 20 ekor kambing tak cukup.

Perkahwinan mereka juga diraikan dengan menyewa dewan perkahwinan untuk sesi keluarga. Dewan ni ‘Solat al farh’ biasanya disewa berasingan untuk lelaki dan perempuan. Tradisi Arab Jordan sambutan perkahwinan diasingkan antara lelaki dan perempuan. Ada juga satu dewan yang membuat dua bahagian lelaki dan perempuan. Mereka akan menyanyi dan menari ‘dabkah’ dan membuat bunyi ‘zaghroutah’. Bunyi yang dibuat dengan menggulung lidah. Riuh rendah majlis mereka.

Saya tidak mampu berdikari untuk menerima tawaran Abu Raghib. Keluarga saya juga amat miskin untuk membantu. Ayah saya hanya sebagai penoreh getah kais pagi makan pagi mana mungkin boleh membantu saya. Saya sendiri menyimpan duit USD100 sebulan untuk dihantar ke kampung buat belanja keluarga.

Rumah saya di kampung pun  sangat dhaif hanya dibina dari kayu nun jauh dalam kebun getah. Mana mungkin ‘Dana’ betah hidup bersama saya. Walaupun mungkin kami hidup dirumah sendiri. Kalau saya bekerja sebagai guru pun bukan banyak mana pun gaji bulanan saya. JIka saya ditugaskan dibandar dan ‘Dana’ sebagai suri rumah sepenuh masa berat juga cabarannya.

Satu petang petang ketika  pulang dari Universiti, saya berjalan kaki seorang diri dari jalan besar ke rumah. Saya lihat ada beberapa kereta di depan rumah Abu Raghib. Kebetulan ketika saya ingin masuk kepintu pagar beberapa orang perempuan berbadan besar berpakaian hitam keluar dari rumah. Perempuan yang berpakaian hitam ini biasanya kaum ibu.

Terselit antara mereka itu seorang berbaju gaun berwarna kuning air, kurus sederhana tinggi. Biasanya yang berbadan begini anak dara saja. Di tangannya memegang sejambak bunga berwana putih ditengahnya ada kelopak kuning. ‘Bunga Narjis’ antara bunga kegemaran gadis gadis negara Syam.

Tiba-tiba gadis itu berpaling melihat kepada saya dan melirik senyum.… kami bertentang mata.

“Oh.. Dana rupanya… Aduh.. saya kaki macam tak dapat melangkah lagi. Saya berdiri disitu melihat dia pergi bersama makcik makciknya.

Monday, July 21, 2025

MAHU KAHWIN DENGAN ANAK SAYA?

 Terkejut saya mendengar soalan turan rumah ketika saya sedang menikmati hirupan teh panas dengan ‘na’na’. Hampir hampir terkeluar balik air teh dari kerongkong. Saya meletakkan kembali cawan kecil teh dan memandang wajah tuan rumah ingin mendapat kepastian adakah dia serius atau bergurau.

Abu Raghib (Bukan nama sebenar)  adalah tuan rumah ketiga saya di Mafraq ialah di di hujung Hayyu Dhubat. Rumah dua bilik di tingkat atas masuk melalui pintu kecil bahagian belakang bangunan. Berkongsi bangunan yang sama dengan rumah  tuan rumah. 


Saya tinggal berdua saja dengan Rafik. Kami berpindah ke rumah ini yang agak jauh dari laluan utama kerana ingin merasai sedikit ketenangan. Rumah saya sebelum ini di sebelah masjid Anas itu menjadi laluan utama kawan kawan kami pelajar Malaysia. Rumah itu menjadi tempat persinggahan utama dan tempat lepak sehingga lewat malam dan awal pagi setiap hari.

Tuan rumah kami ini amat baik hati. Anak lelakinya ada seorang yang berkerja di Universiti al Bayt. Saya tidak pasti dia kerja di bahagian mana. Saya juga perasan kelibat seorang gadis cantik manis satu hari ketika ingin masuk kerumah. Ketika itu dia baru turun dari teksi ingin masuk kerumah. Jarang saya terserempak dengan dia. Budaya Arab amat menjaga kehormata wanita. Anak dan isteri mereka amat jarang keluar rumah atau menampakkan diri mereka kepada jiran-jiran apatah lagi kepada orang asing seperti kami.

Biasanya setiap bulan saya akan membawar sewa kepada tuan rumah hujung awal bulan. Dia akan jemput saya masuk kerumahnya minum teh sambil berbual. Abu Raghib banyak bertanya  kami pelajar Malaysia tentang keluarga, kerjaya dan kehidupan di Malasia. Dia kagum dengan kehidupan Malaysia yang lebih baik dari Jordan katanya.

Dia bercerita juga tentang anak-anaknya termasuk anak gadisnya itu yang bernama ‘Dana’ (bukan Nama sebenar) baru berumur 16 tahun masih belum habis sekolah menengah. Saya langsung tak bertanya tentang isteri dan anak perempuannya. Menjadi satu keaiban jika bertanya tentang orang perempuan dalam budaya arab Jordan. Biarlah dia bercerita sendiri.

Sesi minum teh kali ini mengejutkan. Sudahlah saya datang seorang diri tanpa ditemani Kawan baik saya. Saya hanya mampu memandang wajah Abu Raghib memohon kepastian.
“Betul… saya serius ni. Suka orang Malaysia.”

“Dana pun suka. Dia selalu bercerita tentang kamu.”

Ahh.. Rupanya si Dana selalu mencuri intai aku dan Rafiq. Kami saja yang tak perasan.

“Saya masih belajar ni. Elaun yang saya dapat ni cukup untuk hidup saya ja. Saya rasa tak  mampu lah.”

Saya menjawab merendah diri. Saya sudah tahu perkahwinan dalam budaya arab Jordan amat besar belanjanya. Sudah menjadi syarat, si pengantin lelaki mesti sediakan sebuah rumah lengkap untuk bakal isteri. Mas kahwinnya sekita JD20k keatas. Nilainya hampir RM100k duit Malaysia. Mahu berhutang seumur hidup kalau kawin dengan Dana ni.

“Kos dan urusan perkahwinan kita aku mudahkan untuk kamu.”

“Untuk kamu cukuplah dengan dengan JD5k, Rumah pun tak payah beli. Cukuplah dengan sewa satu rumah mafrusyah untuk kamu  berdua hidup bersama di sini.”

Saya terbayang wajah manis ‘Dana’. Memang dia ni amat cantik iras Maizurah, artis yang aku minat tika itu. Tetapi budaya Arab ini amat pelik yang susah kita nak terima ialah selepas kahwin isteri gemuk. Itu adalah tanda bahagia. Saya seolah-olah tak jumpa perempuan yang dah kahwin ini berbadan kurus  melaikan semuanya besar ibarat tong drum.

Nanti kalau dah habis belajar, Kamu boleh bawa balik Malaysia lah. Nanti kamu bawa dia balik kesini ziarah saya dan keluarganya dua tahun sekali.”

Sambung Abu Raghib lagi tanpa saya sempat bertanya. Nampaknya Abu Raghib sudah berbincang panjang dengan keluarganya termasuk ‘Dana’ tentang ini. 

Saya terkesima tak mampu kata apa-apa. Hanya mampu tersenyum. Saya minta izin untuk berfikir dulu. Selesai habis mengirup the dan makan sekeping halawiyat arab yang keras, saya minta izin pulang.

Friday, July 18, 2025

BUKANKAH KITA DAH ADA BANYAK PISANG?

 Itulah pertanyaan saya kepada ayah  bila  saya lihat dia membeli banyak pisang yang dijaja oleh seorang makcik yang menjunjung pisang  ke rumah saya.

“Kasihan dia letih menjunjung pisang datang menjual ke rumah kita. Rumah kita kan jauh kedalam. Mesti dia jauh berjalan datang ke sini.” Ayah saya menjawab  sambil  menghulurkan duit RM10 kepada makcik  penjaja pisang tu. 


Memang   rumah kami memang terpencil kedalam  kebun getah. Jarang orang luar tahu ada rumah dalam  kebun getah ini. Jarak rumah kami dari jalan  sekitar 500 meter juga. Kalau berjalan kaki sambil menjunjung pisang memang memenatkan.

“Ayah beli pisang dia tu bukannya kita nak makan pun. Pisang kapas yang kita makan pun dah banyak tak habis nak makan.”

“Ayah beli pisang tu  untuk menggembirakan hatinya. Dia sudah pasti berharap pisangnya dibeli oleh kita.  Kita mesti hargai susah payah dia datang  kerumah kita.”

“Dia mesti suka tu  semua pisangnya   laku dijual. Dia dapat duit. Dia dah boleh  guna duit hasil pisangnya untuk keperluan dia.”

Ayah memborong hampir semua pisang yang dia junjung tadi. Hanya tinggal dua sikat saja yang berbaki. Saya lihat wajah makcik itu ceria dan gembira menyambut wang dari ayah saya.

“Terima kasih beli pisang saya.” Hanya itu kata kata yang terpacul keluar dari mulutnya. 

Kemudian dia mengemas pisangnya yang berbaki kedalam bakul dan mengangkatnya ke atas kepala dan berlalu pergi.

“Pisang ni nanti kita bawa ke masjid. Ramai juga yang suka.  Kita dapat pahala sedekah. Nak makan tak habis ni.”  Ayah saya memberi tahu saya bila makcik itu sudah jauh  pergi.

“Sebenarnya, Allah yang hantar dia kerumah kita jual pisang. Nak beri peluang pahala kepada kita. Kita telah menggembirakan hati dia dengan beli pisang.  Allah juga buka jalan untuk kita dapat pahala sedekah pisang di masjid.”

“Kita dapat dua pahala lah hari ini. Nanti  kalau ada  orang datang minta sedekah atau jual sesuatu seboleh-bolehnya kita tidak kecewakan mereka. Berilah sedekah walaupun sedikit atau beli saja barang jualannya. Ingatlah mereka itu sebenarnya dihantar oleh Allah untuk menguji kita.”

“Jangan sekali kali kita marah atau  mengherdik mereka. Jika hajat mereka dipenuhi biasanya mereka akan  mendoakan yang baik baik untuk kita.  Begitulah sebaliknya jika mereka sakit hati terasa dizalimi  mereka akan mendoakan yang buruk buruk untuk kita.”

Itulah nasihat arwah ayah saya  yang saya ingat sampai sekarang.  Betul lah nasihat ayah saya itu kerana ianya  nilai Islam yang ditegas oleh Allah dan rasulnya.

Allah berpesan dalam Dalam Surah Ad-Dhuha ayat 10:

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
"Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau menghardiknya."

Rasulullah juga telah berpesan kita sentiasa menolong orang yang memerlukan

مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ
"Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya."
(HR Bukhari, No. 2442; Muslim, No. 2580)

Hadis ini mendorong kita untuk memenuhi hajat orang lain, kerana Allah akan membalasnya dengan kebaikan.

Rasulullah juga berpesan dengan hadis dari Ibnu Umar RA :

مَا زَالَ اللَّهُ فِي حَاجَةِ الْعَبْدِ مَا دَامَ الْعَبْدُ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ
"Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya."
(HR Muslim, No. 2699)

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah akan memudahkan urusan sesiapa yang banyak membantu orang yang memerlukan.

Semoga prinsip menjadi amalan kita dalam kehidupan seharian. Jangan sekali kita kecewakan orang mempunyai hajat dengan kita.

Semoga Allah merahmati arwah ayah saya yang banyak mendidik nilai-nilai agama kepada anak-anaknya.

Thursday, July 17, 2025

API NERAKA ITU PANAS

 Abu Ammar akan membisikkan kata kata ini ketika  mengejutkan saya  untuk solat subuh jika saya terlewat bangun untuk ke masjid. Abu Ammar ni adalah rakan serumah sewa saya di hujung Hayy Dhubbat, Mafraq.  

Abu Ammar ini  seorang muaalaf dari Kosova baru memeluk islam dalam setahun lebih kalau tak silap saya. Dia adalah antara pemuzik tersohor dinegaranya. Dia pernah menunjukkan video  ketika dia membuat persembahan konsert. Dia adalah pemain gitar utama kumpulannya. Gayanya rambutnya ala ala Amy Search.

Selepas dia memeluk Islam, dia datang ke Jordan untuk belajar agama Islam dan bahasa Arab. Sahabatnya Asim dari Macedonia meminta izin  dengan saya dan Rafiq untuk  Ammar tinggal bersama kami.

Memang bilik ketiga di rumah kami itu luas. Jadi kami  benarkan untuk mereka tinggal dengan kawan kawannya. Abu Ammar  seorang yang istiqamah dengan ibadah. Setiap hari membaca al Quran walaupun dengan  bacaaan  yang tidak lancar.

Dia juga istiqamah solat berjamaah di masjid. Masjid terdekat dengan rumah kami ialah di Hayy Sikkah dalam jarak 700 begitu terpaksa melintas jalan keretapi lama.  Dia akan keluar dari rumah  10 minit sebelum masuk waktu solat.  Begitu juga dengan solat subuh. Biasanya dia  akan keluar awal.

Saya dan Rafiq juga  sentiasa kemasjid. Namun pada musim sejuk cuaca amat mencabar. Bayangkan  dengan cuaca sejuk membeku suhu sekitar 0 selsius . Terpaksa berwudhuk dengan air panas. Selepas itu berjalan lagi ke masjid dengan  cuaca amat sejuk. Lebih sadis lagi jika cuaca  berangin.  Badan terasa hampir  beku  bila sampai ke masjid.

Namun Abu Ammar hampir tidak pernah tertinggal solat subuh berjamaah di masjid. Apabila dia melihat saya dan Rafiq banyak kali  terlepas solat berjamaah di masjid dia menegur kami.

“Kenapa banyak kali aku tengok kamu tak  ke masjid untuk solat subuh.”
“Besar pahala solat subuh di masjid. Kalau kamu tahu besar pahala kamu sanggup lawan sejuk dan merangkak kemasjid.”

Bukan alang-alang dia punya tazkirah. Saya minta dia kejutkan saya sebelum ke masjid setiap  pagi. Dan pastikan saya bangun sebelum dia keluar ke masjid. Namun untuk bagun pagi dalam keadaan sejuk ini amat mencabar.  Amat sukar mahu keluar dari selimut tebal battaniyah 5kg  itu.

Setiap pagi Abu Ammar akan ketuk pintu bilik saya untuk solat  ke masjid. Satu hari bila saya lambat bangun membuka pintu saya terdengar dia membisik dengan agak keras..

“Bangun Abdullah… Solat subuh di masjid. Ingatlah api neraka itu panas. Selamatkan diri dari neraka.”

Diulang-ulangnya kata kata ini beberapa kali sehinggalah saya bangun dan membuka pintu bilik. Beliau akan tunggu saya sekejap untuk ambil wuduk dan bersama sama ke masjid. Kami perlu ambil wudhuk di rumah kerana masjid tidak menyediakan air panas untuk berwudhuk.  Siksanya   hanya tuhan saja yang tahu jika terpaksa  berwuduk dengan air yang sejuk membeku.

Terima kasih Abu Ammar  memastikan kami istiqamah  solat berjamaah di masjid.



Wednesday, July 16, 2025

SAYA MAHU BAYAR HUTANG

 "Abdullah!​ Boleh saya nak pinjam duit USD600."

Pinta Elnour, sahabat Rusia yang berkunjung ke rumah saya malam hari seorang diri. Biasanya mereka ni kalau datang kerumah saya akan berjmaah bersama rakan rakan yang lain. Rupanya kunjungannya malam ini mempunyai hajat tertentu yang mungkin dia malu jika diketahui oleh rakan yang lain. 


Rumah sewa di hujung Hayyu Dhubbat jauh terpencil dari rumah pelajar Malaysia yang lain. Saya tinggal dengan sahabat saya Nik Rafiq dan 3 sahabat lain. Asimm dari Macedonia, Ammar dari Kosova dan Zahir dari Jerman. Rumah saya sentiasa menjadi tempat berkumpul rakan rakan albayt dari pelbagai negara.

Ketika itu bermula musim panas. Semester musim panas singkat hanya 2 bulan sahaja.  Pengajian di semester ini adalah pilihan. Ramai pelajar yang balik ke negara masing masing melepas rindu kepada keluarga.

Rupanya Elnour tak dapat menahan rindu keluarganya. Beberapa rakan rakan serumahnya sudah pulang. Dia tidak tahan berseorangan di rumah sepanjang cuti musim panas ini.

"Nanti saya akan bayar bila balik ke sini nanti". Pujuknya penuh pengharapan.

Setahu saya dia dari keluarga miskin. Sebab itulah dia tidak pernah pulang bercuti. Keluarganya tak mampu sediakan tambang penerbangan ke Moscow dan kemudian ke wilayahnya. Perbelanjaan pengajiannya di Universiti al Albayt ditaja oleh kementerian waqaf Jordan.

Saya berbincang dengan rakan serumah saya Rafiq untuk membantu Elnour. Saya sebenarnya mampu memberi pinjam wang sebagaimana diminta. Saya baru ja keluarkan duit belanja dari Investment Bank di Amman dua minggu lepas untuk bekal untuk beberapa bulan.

Cuma dalah hati saya ada sedikit ragu, bolehkah Elnour ni membayar balik hutang saya. Sebelum ini dia meluahkan perasaan dia mengatakan dia tidak minat belajar Syariah ni. Dia meminati  bidang Profesional dan juga teknikal.  Mungkin bila balik nanti dan  tidak lagi datang balik ke Jordan.  Jadi bagaimana dengan hutang saya  tu. Jumlah agak besar juga.

Saya dan Rafiq bersepakat untuk berkongsi separuh seorang. Saya   mengeluarkan USD300 dan Rafik juga USD300. Jika dia  Elnour tidak kembali ke Jordan  tidaklah berat sangat hati kami untuk menghalalkannya.   Selalu ja rakan-rakan yang meminjam duit dari saya dan Rafiq. Kalau rakan Melayu kami ni agak susah untuk membayarnya. Ada juga juga yang terlupa terus.

Pengajian semester satu  pada bulan september sudah bermula. Saya tidak melihat kelibat Elnour. Saya bertanya khabar  kepada rakan Rusianya tentang Elnour. Mereka pun tidak pasti akan datang atau tidak.  Sampai akhir semester bulan  Disember pun dia tidak muncul. Saya dan Rafiq sudah pasrah dan kami niatkan sebagai sedeqah saja lah.

Seminggu sebeum semester dua bermula  dalam  sekitar dalam bulan Januari dan ketika itu  musim sejuk belum berakhir. Salji sudah berakhir namun suhu waktu malam masih boleh jatuh serendah -4  Selsius. Kami hanya banyak berada dalam rumah sahaja  terutama waktu malam.

Satu malam  ketika saya dan rafiq leka menonton tv  program lewat malam. Waktu itu jam sudah hampir jam 12. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Lama juga ianya ditekan. Kami hairan  siapa yang   datang dalam keadaan cuaca sejuk sebegini. Boleh beku tangan dan telinga siapa yang keluar rumah pada waktu begini.

Saya bangun membuka pintu dan terlihat seorang pemuda     bertarbus menutup kepala dan berjaket  kulit tebal .

“Saya Elnour… datang nak bayar hutang.”

Dia memperkenalkan dirinya apabila melihat saya terkebil seolah tidak mengenalinya. Dia mengeluarkan duit dari poketnya dan mengiranya sekali lagi.

“Allah. .. Besok pun boleh bayar.  Tak perlu datang malam malam begini.”.

“Tak boleh. Saya mesti bayar hutang segera. Saya baru sampai ni. Dari Epot terus kesini. Saya tak boleh tidur kalau tak bayar hutang.”  Jawabnya sambil mengulurkan   6 keping duit  600 USD. Duit itu  masih baru , masih keras dan baru keluar dari bank.

Saya  menyarungkan jaket  dan  keluar menghantarnya ke halaman rumah.  Saya lihat ada teksi epot berwarna hitam sedang menunggu. Betul lah  dia terus kerumah saya dari epot semata-mata untuk membayar hutang dalam  kedinginan malam musim sejuk.

Saya amat kagum dengan prinsip Elnour yang  amat amanah dalam berhutang.  Kalaulah prinsip ini ada dalam kalangan rakan rakan Melayu kami  alangkah bahagianya. Tapi sayang seribu kalu sayang.


Tuesday, July 15, 2025

ISI BORANG NI UNTUK PERGI JORDAN

 Itulah antara nasihat bapa saudara ku yang aku panggil Pak Muda. Nama  sebenarnya ialah Abdul Latif dan sekarang ni Dr Abdul Latif penulis buku akademik agama yang menjadi rujukan penting pencinta  agama. Beliau lah yang sebenarnya yang banyak membantu aku membimbing laluan pengajian  selepas SPM. 

Sebenarnya aku tidak tahu sangat tentang peluang belajar ke Jordan  di bawah KPM ini. Ianya diiklan kan  dalam surat khabar  Utusan Malaysia atau Berita Harian.   Aku tak pasti dalam akhbar mana. Cuma aku menerima  samput surat besar berisi borang ini dari Pak Muda yang  ketika itu berada di Kuala Lumpur. Dia sudah siap mengambil borang ini di pejabat KPM dan menghantarnya ke kampung. Dia  minta aku mengambil peluang ini memohon untuk pengajian ke Jordan.

Aku membawa borang ini ke sekolah  berkongsi cerita dengan kawan. Ramai rakan sekelas dan rakan sekelas sebelah yang berminat. Jadi  aku membernarkan mereka  membuat salinan borang ini dan kami sama sama memohon. Seingat  aku hampir semua rakan satu kelas memohon. Kami perlu menulis satu karangan tentang bahasa Arab  untuk dilampirkan bersama dalam permohonan.

“Lah dah mohon  sambung belajar kat  mana?” Imam masjid  bertanya kepada saya  satu hari selepas solat isyak. Anak  perempuan dia juga sama dengan saya  baru dapat keputusan SPM, cuma di sekolah lain.
Boleh bagi pada  anak saya borang permohonan  tu.  Nak minta dia mohon Jordan jugalah.”

Pintanya bila saya memberitahu tentang peluang sambung pelajaran ke Jordan ini.

Esoknya ketika pulang dari sekolah, saya singgah kerumah tuan imam serahkan salinan borang yang sudah siap difotostat.  Aku tak kisah berkongsi peluang ini. Terfikir juga, kalau ramai mohon ni saingan semakin ramai. Mungkin aku tak dapat.  Tapi  aku berpegang bahawa rezeki manusia ditetapkan oleh Allah. Dia tentukan segalanya.

Hasilnya,  semua rakan sekelas yang memohon dan juga anak imam masjid dikampung saya tu dipanggil untuk hadir ujian persolaliti di  Sekolah Menengah Ismail Putra (SMIP). Ketika aku  dan rakan-rakan hadir untuk ujian tersebut saya terlihat nama anak imam  masjid juga tersenarai. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Saya keluar sekejap mencari telefon awam dan menelefon ayah memberitahu anaknya tersenarai.

Entah bagaimana kisahnya , dia sebenarnya tidak dapat maklumat ini. Ketika  kami semua  hampir separuh masa menjawab soalan personaliti yang beratus soalan tu. Saya nampak anak  Imam masjid sampai dan masuk ke dewan. Allah .. kesiannya. Aku lihat dia dalam keadaan kurang terurus. Tudungnya tak sempat di sterika. Mungkin  kerana ingin terlampau cepat hadir ke ujian.

Aku sebenarnya seronok dan berpuas hati berkongsi peluang dengan sesiapa sahaja. Aku teringat kata kata Pak Muda aku yang   berikan aku borang ini.

“Kita tolong orang lain, Nanti Allah tolong kita.”
“Allah yang bagi rezeki, Kalau Allah sudah tentukan rezeki kita, tak ke mana.”

Tok Ayah aku pun pernah pesan

“Sharing is caring”

Alhamdulillah.  Ramai  rakan sekelas saya yang memohon ditawarkan pengajian ke Jordan. Begitu juga aku dan anak  Imam masjid kampung saya tu. Aku tersenyum puas. Terima kasih Pak Muda yang membuka jalan kepada  saya.  Insya Allah pahala dan kebajikan semua yang mendapat peluang  belajar di Jordan  dengan asbab borang permohonan itu  pahalanya akan mengalir kepada akaun kebajikan Pak Muda sehingga ke  akhirat.


Monday, July 14, 2025

KEMAS BARANG SEKARANG! NAK PERGI JORDAN

Setiap kali musim cuti sekolah, keluarga aku akan menghabiskan cuti di kampung Air pasir, Waeng. Jadi selepas keluar Keputusan SPM, sementara meunggu panggilan ke university aku membantu ayah mengusahakan tanah pusaka keluarga.  Aku memang suka bekerja kebun. menebas, menggali lubang, menanam dan membersihkan semak. Itu memang kerja yang biasa aku buat. 


Pada cuti pertengahan tahun seperti biasa aku  Bersama keluarga di sana.

Satu hari selepas balik dari kebun aku berehat di jemuran. Jemuran ini adalah beranda rumah bahagian hadapan rumah sebelum masuk pintu utama. Tiba-tiba aku lihat kelibat Ayah Mat dan Paknik dua bapa saudara aku membonceng motor dari arah Kampung Kedundung. Kedundung adalah kampung di tepi Sungai sempadan Malaysia dan Siam.

“Assalamualaikum! Lah cepat kemas barang! nak kena balik sekarang. Lah kena gi jauh.”

Ayah memberi salam dan terus memberi arahan. Dua orang bapa saudara aku ni memang suka buat lawak. Hari lawak apa pula. Tiba-tiba muncul nak ambil aku pulang. Aku masih terkebil-kebil terkejut.

“Walaikumussalam. Apa apa cerita sebenarnya ni.. nak pergi jauh ke mana?”. Aku bertanya minta penjelasan.

“Lah nak kena gi Jordan. Sambung belajar kat sana.” Paknik menyampuk.

Ayah dan ummi keluar rumah mendengar riuh kat luar. Mereka juga terkejut kenapa mereka berdua ni sampai jauh keseberang Sungai.

Paknik mengeluarkan surat dari Kementerian pendidikan Malaysia dan memberinya kepada aku. Aku membukannya dan membacanya.

“Tawaran pengajian Bahasa Arab di Universiti Jordan”.

Bertuah siapa dapat ni. Semuanya ditanggung oleh Kerajaan. Duit poket pun Kerajaan bagi. Balik nanti pun boleh kerja jadi cikgu mengajar di sekolah.” Terang Ayah Mad.

Aku hanya mendengarnya . Aku sebenarnya tak mengharap sangat. Sebab kena jadi cikgu. Aku ada cita-cita lain sebenarnya.

“Ada lagi surat lain yang sampai?” aku bertanya kepada Pak Nik.

Aku sebenarnya memohon UM untuk pengajian islam dan juga UIAM untuk pengajian ilmu wahyu.

“Tak ada lagi setakat ini. Tak perlu tunggu yang  lain lah. Tawaran ini dah terbaik”. Ayah Mad memujuk aku.

Ayah dan ummi amat gembera dengan tawaran ini. Ayah aku selalu menyebut mahu anaknya belajar di luar negeri. Luas pandangan dan banyak pengalaman katanya. Apatah lagi dapat biasiswa penuh ditanggung semuanya oleh Kerajaan. Keluarga kami miskin. Jadi tawaran ini kira rezki tersepak dari Allah buat keluarga kami.

Aku perlu melapor diri dalam tempoh seminggu di IKIP Pahang untuk kursus persediaan selama tiga bulan. Ayah Mad dan Pak Nik balik terus petang itu. Aku dan kawan aku menghantar mereka berdua ke tebing Sungai kampung Kedundung untuk pulang ke Malaysia.  Kami sekeluarga akan pulang esok hari. Banyak perlu mengemas rumah dulu sebelum ditinggalkan.

Aku sebenarnya masih tidak tahu di mana  letaknya Negara Jordan. Apa yang aku tahu ialah ia terletak ditimur Tengah antara negara Saudi dan bersempada dengan Israel. Aku akan bermukim disana selama 5 tahun. Alhamdulilah atas rezeki dan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepadaku. Ini adalah berkat doa ayah, ummiku dan juga bapa dan mak saudaraku yang banyak membantu dan membimbing aku dalam pengajian.


Friday, July 11, 2025

KALAU AKU ADA PISTOL, AKU TEMBAK YAHUDI BIADAB INI!

 Itu antara kata-kata yang keluar dari mulut petugas Hotel Richmond tempt kami menginap ketika dalam rihlah kami ke Turki satu ketika dulu.

Saya mempunyai pengalaman pahit dengan bangsa Yahudi Israel yang tidak dapat dilupakan. Pada musim panas tahun 1995 iaitu tahun kedua ketika belajar di Jordan saya diminta oleh pihak Persatuan Pelajar Malaysia (PRISMA)  menguruskan rihlah atau pelajar muslimat ke Turkey. Hanya Saya, Wahid dan Ustaz Isme saja lelaki, manakala yang lain adalah muslimah seramai 23 orang kalau tak silap saya.  Salah satu tempat lawatan ialah di Pamukkale  yang terkenal dengan teres batu kapur yang  berlapis lapis.


Di Pamukkale kami menginap di Hotel Richmond yang bertaraf lima bintang selama dua malam. Tak puas hati juga saya bila ajen pelancongan meletakkan kami di Hotel ini selama dua malam kerana pada hemat saya kos pakej  banyak  dibayar untuk hotel ini saja.

Keistimewaan Hotel Richmond ini ialah perkhidmatan kolam air panas tertutup untuk para tetamu hotel. Pada petang hari  pertama selepas daftar masuk hotel, saya dan rakan saya Wahid telah mencuba mandi di kolam ini bersama tetamu hotel lain bercampur lelaki dan juga perempuan. Maklumlah ianya adalah kolam terbuka.

Kawan Turki saya memberi idea kepada saya agar memohon kebenaran dari pihak hotel  memberi peluang kepada rombongan muslimat kami untuk mandi di kolam tertutup   tersebut tanpa kehadiran orang lain.  Atau dengan kata lain kolam tersebut ditutup buat sementara waktu untuk  memberi peluang kepada  Muslimat kami mandi sesama mereka.

Alhamdulillah pihak hotel bersetuju dengan permintaan kami. Mereka bersetuju dan menetapkan pada malam itu selama sejam dari jam 9 hingga 10 malam. Saya memaklumkan  agar semua rakan muslimat kami bersedia menunggu di hadapan pintu masuk kolam tepat jam 9 malam sejurus selepas makan malam.

Sebelum jam 9 lagi saya dan Wahid sudah  berapa di hadapan pintu masuk sambil berbual-bual dengan pekerja yang bertugas menjaga kolam tertutup tersebut. Tepat jam 9 malam petugas tersebut telah membuat pengumuman untuk menutup kolam sementara kolam tersebut dan meminta pengunjung yang sedang mandi mengosongkan kolam. Mereka memberi kerjasama penuh dan tak sampai 10 minit kolam sudah kosong.

Tak semua rakan muslimat kami hadir mengambil peluang untuk mandi. Saya sudah berusaha berunding dengan petugas hotel siap sediakan 20 lebih tuala tambahan untuk mereka. Kalau tak silap saya hanya sekitar 15 orang saja yang hadir.

Selepas mereka masuk mandi, petugas tersebut menutup pintu dan kami berbual-bual di hadapan kaunter kolam. Petugas tersebut seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka telah meletak papan tanda tutup dipintu kolam. Ramai juga tetamu hotel datang untuk mandi. Pekerja tadi memaklumkan kepada mereka dengan baik alasan kolam ditutup sementara.

Alasan mereka  ada permintaan khas untuk grup perempuan untuk mandi dan mereka mahu privasi. Ramai juga yang bertanya. Kami menjawab ‘Muslim girl’  muslim. Hanya untuk sejam sahaja. Mereka boleh datang semula selepas sejam.  Ada terus pergi dan ada juga beberapa orang peramah berbual bual dengan kami bertanyakan macam macam siapa yang mandi ni dan keistimewaan mereka sehingga diberi peluang mandi secara terasing.

Seingat saya beberapa orang pelancong datang untuk mandi. Dda  dari perancis, German, UK dan beberapa negara  lain lagi. Respon mereka amat baik dan menerima penerangan kami dengan baik. Mereka akan datang selepas kolam itu dibuka semula selepas muslimat kami selesai mandi.

Tiba-tiba datang seorang lelaki  tua dalam umur sekitar 60an macam orang pencen. Berbadan  besar dan  berperut buncit. Menggalas tuala di bahu. Kami menahannya dan memberi beri penerangannya seperti biasa.

“Siapa mereka ni?. Apa keistimewaan mereka sampai diberi layanan khas?” dia menyatakan  rasa tidak puas hati atas penerangan  petugas.

Saya bangkit dari duduk dan  bercakap dengannya.

“Mereka kawan-kawan kami. Semua perempuan.  Mereka selesa mandi secara tertutup  tanpa lelaki.”

Kamu semua dari mana?” suaranya semakin tinggi.

“Kami  dari Malaysia, kami muslim,  ada  etika budaya yang perlu kami jaga.” Saya menyambung.

“Oo Muslim.. All muslim is rubbish…  menjadi punca masalah.  Kenapa kamu semua bagi keistimewaan kepada mereka?” dia  berpaling dan bertanya kepada  staff yang menjaga kolam .

“Mereka semua tetamu kami. Kami dapat arahan dari pengurusan untuk memberi peluang mereka mandi  sekejap”.  Petugas lelaki menjawab.

“Kamu  siapa dan dari mana?” saya bertanya tidak puas hati

“Aku dari Israel. Aku juga tetamu  hotel ini. Aku bayar sewa. Aku nak masuk juga.” Dia berkeras mahu masuk dan  mahu buka sendiri pintu  utama kolam tersebut.

Petugas perempuan terus meluru kepintu sambil menolak  lelaki tadi  ketepi. Dia  mengeluarkan kunci  dari poketnya, kunci pintu dan terus pergi.

“Ciss.. yahudi Israel rupanya. Patutlah biadab. Memang bangsa celaka.” Aku terdengar  keluhan dari  kawanku Wahid yang dari tadi berdiam diri.

“Ini lah perangai Yahudi. Kalaulah ada pistol di tangan aku. Sekarang juga aku tembak dia. Memang  yahudi layak  dibunuh.  Aku   rela di buang kerja. Aku rela mati .” kata pekerja lelaki yang bersama kami. Aku lihat mukanya merah padam menahan marah.

“Memang sepanjang kami bekerja di sini, pelancong dari  yahudi dari Israel lah yang paling biadab. Mereka memandang rendah  dan hina kepada  kami pekerja di sini. Dia arah kami macam hamba  abdi. Hotel ini menjadi tumpuan mereka. Kami terpaksa layan  mereka. Semua orang tak suka mereka. Pelancong lain ok”.

Panjang lebar pekerja itu bercerita kepada kami.  Pelancong tua yahudi kemudiannya berlalu dengan tidak puas hati. Kemudian pekerja perempuan yang mengunci pintu tadi datang  semula kepada kami dengan muka masam.

“Saya  dah laporkan kepada pengurus hotel peristiwa tadi.  Mereka pun geram dan tak berpuas hati . Mereka arahkan kolam ditutup terus malam ini dengan alasan penyelenggaraan.”

Lalu dia meletakkan papan tanda  “close” di hadapan pintu dan masuk kedalam melihat kawan muslimat kami mandi.

Patutlah Allah amat murka dengan bangsa yahudi . Kalau dengan Allah pun mereka biadab apatah lagi dengan kami orang biasa.   Tidak hairanlah dengan apa yang berlaku sekarang di  pembunuhan berleluasa di Palestin dan yang terkini serangan ke atas Iran.  Semoga Allah  balas kebiadaban mereka .