Selepas menerima warkah titipan Dana emosi saya sedikit terganggu walaupun saya telah membuat keputusan tuntas. Bait-bait kata lirik lagu kadang-kadang masih menghantui benak saya. Ia semakin kuat apabila setiap hari saya terpaka melintas bangku bawah pokok anggur sebelum keluar rumah.
Saya berbincang dengan
rakan serumah untuk mencari rumah sewa
lain agar dapat membantu saya
menghilangkan gangguan memori ini. Kebetulan pula satu hari saya bertemu
dengan rakan saya Asim dari Albania juga
sedang mencari rumah sewa. Beliau ingin
tinggal berasama rakannya Alvin atau
panggilannya Abu Ammar.
“Kamu nak tinggal
berduakah?”
“Mungkin kalau ada
rumah yang sesuai. Rumah saya sekarang amat padat . Sudah ada 8 orang rakan
serumah. Kami hanya tidur diruang tamu.”
“Saya nak cari rumah yang sewanya bawa JD50. Lebih dari
itu kami tak mampu.”
“Wei.. mana ada
rumah sewa harga sebegitu melaikan rumah
yang amat teruk.. nanti saya cuba risik..
mungkin ada rezeki kamu dan Alvin.”
Saya berbincang dengan
Rafiq kemungkinan Asim dan Alvin boleh tinggal bersama kami. Saya dan Rafiq
mula berusaha mencari rumah sewa baru dengan bertanya khabar beberapa
orang Arab sekitar Dhubbat dan Hayyu Sikkah.
Rafiq berjaya mendapat
satu nombor telefon Abu Mahmoud yang mempunyai rumah untuk disewa dan kami
membuat temujanji. Rupanya rumah sewa tersebut hanya berbeza satu imarah (bangunan)
sahaja dari Imarah
Abu Raghib. Tapi untuk ke universiti
kami akan mengambil jalan lain tidak lagi
melaui jalan rumah Abu Raghib.
Apa yang penting saya
tidak lagi melihat bangku dan pokok anggur itu kerana ia berada dalam pagar
tembok yang tinggi. Kami memberi notis sebulan kepada Abu Raghib dan Abu Mahmoud juga memberi peluang kami memindahkan
barang tanpa bayaran sewa awal.
Abu Raghib pada
awalnya agak keberatan ingin melepaskan kami dan menawarkan untuk menurunkan kadar sewa kepada kami berdua. Namun alasan
saya ingin mencari suasana baru amat
difahami. Dana lebih jauh membawa diri hingga ke Yanbu di
Arab Saudi.Saya hanya membawa diri ke belakang bangunan sahaja.
Saya dan Rafiq bersepakat untuk membantu mengurangkan
beban Asim dan Alvin yang hanya hidup
dengan bantuan kementerin waqaf Jordan
sahaja. Rumah
Abu Mahmoud hampir tiga
kali ganda besar dengan tiga bilik yang luas dan ruang tamu dan dapur yang
selesa. Sewa rumah JD100 dibayar oleh
saya dan Rafiq dengan JD40 seorang.Manakala bakinya dibayar oleh Asim dan
Alvin.
Kami berharap bantuan ini dikira sebagai infaq kami kepada ibnu
sabil yang sedang musafir menuntut ilmu di bumi Kinanah ini. Semoga kamu
mendapat saham berterusan jika ilmu mereka dimanfaatkan kemudian hari.
Apa yang penting saya
dapat mengelakkan gangguan dari kenangan
bangku dan pokok anggur di rumah Abu Raghib. Kad bunga Ros dan surat titipan Dana, saya selitkan dalam celahan kitab masadir yang amat kurang untuk dirujuk.
Saya teringat bebapa
bait bait syair klasik yang dipelajari dihafal rupanya ia dekat dengan fitrah kehidupan
manusiawi termasuk saya send
Jamil Buthayna menyusun
bait tentang perpisahan cinta
وَلَوْ أَنَّنَا إِذْ نَبْتَدِلْتُ فُؤَادَهَا
وَفُؤَادِي بِفُؤَادِهَا لَتَحَوَّلَا
وَلَكِنَّ قَدْرًا لَا يُرَدُّ قَضَاءُهُ
حَكَمَ فَمَا لِلْمَرْءِ فِيهِ تَحَيُّلَا
Andai hatiku dan hatinya dapat bertukar tempat,
Nescaya rindu itu akan saling terubat.
Namun takdir yang tak dapat ditolak telah memutuskan,
Tiada daya manusia untuk mencari helah.
Imruʾ al-Qays dalam Muʿallaqa yang
masyhur dalam siri puisi pra-Islam
قِفا
نبكِ من ذِكرى حبيبٍ ومَنزلِ … بسَقطِ اللوى بينَ الدخول فَحُوملِ.
“Berhentilah, sahabatku, mari kita menangis mengingat sang kekasih dan
tempatnya … di lembah Luwā, antara al-Dukhūl dan Ḥūmal.”
. فَتُوضِحَ فَالْمِقْرَاةِ لَم يَعْفُ رَسْمُها لِمَا نَسَجَتْها مِن جَنُوبٍ وَشَمَالِ
Di Tawdih dan al-Miqrāh, masih jelas bekas
tapaknya, meski diliputi tenunan angin selatan dan utara.
Bait bait ini
menyentuh nuansa nostalgia dan kesedihan atas memori yang telah hilang,
simbolis bagi perpisahan dan cinta yang tak tercapai.
Semoga Allah bagi ketenangan kepada saya untuk menuntut ilmu dibumi barakah ini tanpa
gangguan. Persoalan jodoh, cinta dan kasih saya serahkan pada Allah. Biar Allah
yang tentukan . Sudah tentu ia akan bagi yang terbaik untuk hambanya.
No comments:
Post a Comment