Hari Isnin dan Selasa 18-19 Ogos saya berpeluang menghadiri Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu yang di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Konvensyen ini di anjur oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
Alhamdulillah bagi saya Konvensyen ini amat berjaya dan ucapan jutaan tahniah kepada Unipsas sebagai penganjur yang telah menjadikan program ini sebagai wacana perbincangan pemerkasaan tulisan Jawi.
Para pembentang telah berjaya mengemukakan isu dan mencadangkan
penyelesaian yang terbaik untuk mengangkat tulisan jawi yang masih dianggap
sebagai tulisan warisan. Saya amat kagum
dengan pembentang dari Jepun Dr Hiroki Nomoto yang amat amat menguasai Bahasa
Melayu dan juga tulisan jawi. Malah sehingga hari ini kami masih berhubung melalui Apps Massanger dengan dengan tulisan Jawi.
Saya teringat satu perbualan saya
dengan seorang wanita ketika sedang memilih buku di Reruai Dewan Bahasa
dan Pustaka. Dia menegur saya apabila
melihat membelek buku Pedoman Umum Ejaan
Jawi Bahasa Melayu Dewan.
“Bagus buku ini. Saya cadangkan tuan beli. Panduan amat berguna
bagi buat saya”.
“Saya dah ada. Saya pun guna buku
ini sebagai panduan dalam penulisan jawi”. Saya memandangnya sambil tersenyum.
“Saya berpandangan
kita perlu ubah persepsi kita semua dan
masyarakat bahawa tulisan jawi bukan
sekadar tulisan warisan. Tulisan jawi adalah tulisan harian kita.”
“Saya lihat ramai yang
memperjuangkan tulisan jawi ini pun menggunakan tulisan rumi.”
“mereka tak biasa dan
mahu cepat.” Saya menyampuk.
“Iya lah.. sebab tidak
biasa. Kena biasakan lah.”
“Kalau kita sendiri tidak
mampu menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan arus
perdana. Jangan harapkan orang lain mampu. Jauh sekali bangsa lain.”
Saya terdiam sambil
tersenyum kelat. Wanita separuh umur itu memilih dia buah buku dan menuju ke kaunter.
Saya tak sempat bertanya lebih.
Ya. Saya bertanya
ChatGPT tentang tulisan yang asalnya telah mati tetapi berjaya dihidupkan semula
menjadi tulisan harian. Jawapannya ialah tulisan Ibrani atau Hebrew. Bahasa ini
pada asalnya hanya digunakan dalam upacara agama dan tulisannya termaktub dalam
manuskrip lama sahaja pada awal kurun ke18. Namun sekarang ianya telah berjaya
dihidupkan semula dengan usaha dan perancangan yang rapi oleh seorang tokoh bahasa Yahudi Israel.
Rumasan mudah saya
ialah azam, tekad, perancangan dan kesatuan yang menjadikan mereka berjaya.
Berbanding dengan masyarakat kita hanya banyak bercakap berbanding bertindak. Jawi
kita hanya di sekolah, di papan tanda
dan papan iklan. Tidak lebih dari itu.
Jom. Mari kita
sama-sama mertabatkan tulisan jawi dalam urusan harian hidup kita.
No comments:
Post a Comment