Tinggal di rumah sewa baru Abu Mahmoud amat menenangkan. Bangunan milik Abu Mahmoud ini mempunyai empat buah rumah. Dua di tingkat atas dan dua ditingkat bawah. Rumah saya dibahagian belakang di tingkat bawah. Kami perlu masuk melalui lorong susur masuk sebelah kiri bangunan.
Satu petang, loceng rumah berbunyi. Rumah -rumah di sini
biasanya dilengkapi dengan loceng dan ada yang lebih canggih dilengkapi dengan mikrofon dan speaker agar tuan rumah boleh bertanya siapa yang datang
dan apa urusannya. Rumah saya hanya
sekadar loceng sahaja.
Bila saya membuka
pintu rumah ada seorang budak lelaki berumur sekitar
8 tahun berpakaian lusuh dan comot.
“Ahlan… Fi syai’..
Syu biddak?” Tanya saya.
“Ammu.. fi syai’ yu’kal.. biddi a’kul.. ana jauaan.,” (Pakcik, ada sesuatu yang boleh
dimakan. Saya lapar). Pintanya dengan pandangan yang penuh pengharapan.
Oo.. budak ini lapar rupanya.. Hari ini kebetulan makan dirumah saya sudah
habis. Hanya ada beras yang belum dimasak. Saya teringat ada sisa roti
kering yang sudah beberapa minggu
tersadai di atas rak bawang di dapur. Itu saja yang ada.
Saya ke dapur
mengambil roti tersebut. Nampaknya masih elok, cuma ia sudah keras untuk dimakan. Cuaca di Jordan ini amat berbeza dari Malaysia. Tidak ada kelembapan seperti di Malaysia.
Makanan tidak rosak walaupun dibiar berhari-hari bahkan berminggu minggu. Nasi
yang kami tanak tidak basi walaun dibiarkan beberapa hari. Kami tak perlu risau.
Begitu juga dengan
roti. Roti arab bentuknya lebih kurang roti capati di malaysia namun lebih nipis. Roti menjadi
makanan harian masyarakat arab disini. Ia dimakan bersama minyak zaitun, Za’tar,
hummus dan yang paling saya suka ialah
mutabbal.
Kami biasanya sarapan
pagi dengan roti inilah yang kami
panggil ‘khubuz’ bersama Asim dan Alvin. JIka mahu lebih sedap dan terasa
mewah kami masak daging atau telur dimakan bersama khubuz
tersebut.
Saya menghulurkan beberapa roti kering tersebut yang di isi
dalam ‘kiis’ (plastik) kepada budak tadi.
“Bass fii
khubuzz.. tafaddhal..” (Hanya
ada roti ini. Silakan)
Dia menyambut roti
tadi dan terus duduk atas lantai dan memakannya sambil berselerea sekali. Seolah
dia tidak jumpa makanan beberapa hari. Selepas hampir habis sekeping roti dia
bangun menghulurkan tangan bersalam
dengan saya.
“Syukran ammu..
tislam eidak…” (terima kasih
pakcik. Allah berkati tangan kamu)
“Baarakallahu
fiek..” (Allah berkati kamu)
Kemudia dia mengangkat
tangan tinggi hingga paras kepalanya dan
mendongak kelagit berdoa.
“Ya.. Allah
berkatilah saudara yang memberi aku makan hari ini dan
jagalah dia sepanjang hidupnya. Berilah pahala berganda kepadanya di akhirat
nanti.”
Begitulah lebih kurang
doanya. Begitulah keadaan masyarakat
Arab sekeliling kami. Mereka amat
beradab dan sentiasa mendoakan siapa yang memberi makanan atau memberi
apa-apa bantuan.
Ungkapan ‘Tislam
eidak’ dan ‘barakallahu fik’ tidak lekang dibibir mereka dan sentiasa
menjadi tuturan spontan jika diberikan
sesuatu atau dihulurkan bantuan kepada orang arab di sini.
Saya cuba mendidik diri
saya untuk sentiasa bermurah hati memberi makanan kepada sesiapa sahaja. Saya
teringat pesan Allah dalam firmanya Surah
al-Insān (76:8–9)
وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ
حُبِّهِۦ مِسْكِينًۭا وَيَتِيمًۭا وَأَسِيرًا إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ
ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءًۭ وَلَا شُكُورًا
"Dan mereka memberi makan, dengan perasaan kasih sayang kepada orang
miskin, anak yatim dan orang tawanan, sambil berkata: Sesungguhnya kami memberi
makan kepada kamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah; kami tidak
menghendaki sebarang balasan atau ucapan terima kasih daripada kamu."
Begitu juga pesan
junjungan nabi dalam Hadis Sahih Muslim
أَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَأَفْشُوا
السَّلَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ،
تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
"Berilah makan, sebarkan
salam, sambunglah silaturahim, dan solatlah di waktu malam ketika manusia
sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat."
(Riwayat Muslim, no. 2042)
Sayangnya saya tidak
pernah memberi sesuatu kepada ‘Dana’. JIka tidak.. saya akan mendengar tutur keramat
darinya… ‘Tislam Eidak..”
No comments:
Post a Comment