Pada tahun kedua kami pelajar lelaki berpindah ke rumah sewa di pekan Mafraq. Kami ingin merasai suasana baru kehidupan dirumah sewa bergaul dengan masyarakat Arab tempatan. Pengalaman baru menyambut Ramadhan di pekan Mafraq amat menarik juga. Saya tinggal di tengah Hayyu Dhubbat di rumah Abu Safwan bersama beberapa rakan.
Kami solat terawih di masjid Anas berdekatan rumah sewa kami. Pada malam pertama sebagaimana biasa, masjid penuh melimpah dengan para jaamah. Sebagaimana pengalaman kami solat terawih di Masjid Bilal bin Rabah di Universiti, solat terawih di masjid Anas juga sama. Tiada selawat antara selang solat. Kami sudah biasa dengan budaya ini.
Cuma ada kejutan baru bagi kami. Solat terawih amat ringkas.
Setiap rakaat selepas membaca surah al
Fatihah imam hanya membaca satu ayat saya dari
surah pilihan. Saya masih ingat lagi ketika itu Imam membasa surah al
Mulk.
“Tabaarakallazi…… ala
kulli syai’in qadir..” itu ayat itu saja dibaca oleh imam kemudian
terus bertakbir untuk rukuk. Kami tergamam kerana tidak sempat selesai lagi
membaca surah al Fatihah imam sudah rukuk. Begitu juga dengan rakaat kedua.
Imam membaca ayat kedua surah al Mulk
“Allazi khalaqal
mawta…… ghafur…” Kemudian terus rukuk. Hanya dua ayat sahaja dibaca untuk solat
terawih rakaat pertama dan kedua. Kami pelajar malaysia ini yang berpegang
kepada mazhab al Syafie wajib mengabiskan surah al Fatihah sebelum rukuk kerana status kami sebagai
muwafiq. Bagi masyarakat tempatan pula
tiada masalah bagi mereka kerana berpegang kepada mazhab Hanafi yang tidak
memerlukan makmum membaca surah al Fatihah
kerana ia sudah memadai dengan mendengar bacaan imam sahaja.
Jadi, kelihatan secara jelaslah pelajar Malaysia yang tidak
sempat rukuk bersama imam kerana perlu menghabiskan bacaan al Fatihah. Hal ini
menyebabakan timbul persoalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Bagi mereka wajib ikut pergerakan imam dan solat tidak sah jika kami
tertinggal dari pergerakan imam.
Terpaksa kami terangkan kepada mereka perbezaan mazhab ini. Budaya Arab pula
jenis suka menegur. Jenuh kami terangkan perbezaan ini.
“Esok kita solat terawih kat rumah sajalah. Tak ada nikmat
solat terawih begini. Tercungap-cungap kita. “
“Selawat pun tak ada. Kalau solat kat rumah kita boleh
buat solat terawih cara Malaysia.”
Beberapa orang rakan saya memberi cadangan. Memang tersepit juga kami yang berpegang
dengan mazhab Syafie ni. Ada juga cadangan supaya kami solat di masjid
lain yang membaca surah lebih panjang sedikit. Iaitu di masjid besar Pekan
Mafraq.
Besoknya saya solat terawih di masjid pekan Mafraq. Masjid ini menghabiskan satu juzuk setiap malam. Tapi kami lebih selesa untuk solat dengan
tenang. Cuma solat lambat siaplah.
Berbeza dengan masjid Anas yang selesai
solat 20 rakaat kurang dari setengah
jam.
Ramai juga yang mengambil keputusan untuk solat terawih di
rumah saja . Lebih selesa dan menggamit nostalgia dengan selawat antara dua solat. Terpulang kepada keselesaan masing-masing. Apa yang penting
jangan kita lepaskan peluang ganjaran dan rahmat bulan Ramadhan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment