Ahad lepas giliran saya bertugas berkuliah di salah satu masjid. Peranan saya mengajar bahasa Arab pada para Jamaah. Saya pilih ajar bahasa Arab berasaskan ayat al Quran.
Tajuk kali ini
perintah kisah Nabi Musa Surah Taha ayat 9 hingga 16.
Kisah Nabi Musa merentas
perjalanan jauh balik ke  kampungnya di
Mesir selepas lama bersembunyi di Madya. Dalam perjalanan  dalam kegelapan malam dengan sejuk yang
melampau dia ternampak api di satu lembah.
Katanya pada Isteri
dan pembantunya. “Tunggu di sini saya akan pergi ke tempat api , mungkin
boleh ambil api buat panaskan badan”.
Sampai ke tempat api tiba-tiba
terdengan suara:
“Wahai Musa”
“Aku tuhan  kamu”
“Tanggalkan selipar
kamu. Kamu sekarang berada  di Tuwa  satu lembah suci”
“Aku telah pilih
kami jadi dengarlah”
“Akulah Allah, tiada
tuhan lain selain aku”
“Sembahlah aku”
“Dirikan Solat untuk
mengingatiKu”
“Hari kiamat pasti tiba sebagai hari pembalasan kepada semua  perlakuan manusia ketika hidupa di bumi”
“Berpegang teguhlah kepada prinsip ini . Jangan ianya tergugat dengan desakan dan pengaruh orang tidak beriman pada Ku”
Saya mengajar beberapa
petikan kata bahasa Arab dari ayat dan bina ayat mudah lain  untuk jamaah belajar bahasa Arab.
Kesimpulan pada penutup
kuliah.
Perintah Allah kepada
Nabi Musa ini  adalah panduan pada kita
semua umat Islam. Bukannya hanya untuk  nabi Musa dan umatnya.
Ianya panduan untuk kita.
Ianya teras utama pegangan Umat Islam
Hanya Allah tuhan yang
satu wajib disembah. Tiada tuhan yang lain.
Dirikan solat dengan penuh
persediaan dan kesempurnaan untuk ingat pada Allah dan  hargaiNYa sebagai tuhan yang telah memberi
segala nikmat.
Ingatlah sentiasa
bahawa hari qiamat pasti tiba. Ianya  adalah
pasti  sebagai hari  pembalasan usaha manusia di dunia baik dan
buruk. Tiada yang terlepas. Allah maha Adil.
Pegang prinsip ini dan
jangan tergugat dengan pengaruh manusia yang tidak beriman pada Allah.
Ya.. inilah prinsip
Islam yang perlu dipegang oleh semua muslim. Inilah yang sebenarnya  menjadi teras perjuangan Islam dan dakwah.
Semua muslim wajib
pegang kemas dan sampaikan kepada rakan taulan non muslim. Itulah prinsip kita.
Islam bukannya Hudud
semata-mata. Mencari salah dan menghukum manusia.
Islam bukannya  berkeras dan kasar dengan Non Muslim.
Islam memandang non
muslim perlu didekati perlu diselamatkan. Perlu diberitahu, dijelaskan tentang
tujuan hidup ini.
Buangkan pemikiran
politik sempit yang hanya memandang non muslim sebagai musuh yang perlu
diperangi dan dijauhi.
Sampaikan kepada mereka
jika ada peluang.
JIka tiada peluang.
Ciptalah peluang. Agar ianya berjaya disampaikan.
Rebutlah peluang ini. 
Belajar bahasa Arab. Dalami
prinsip Islam. Berpegang teguh padanya dan sampaikan pada orang lain.
Semoga kita di beri
hidayah dan dapat balasan baik di Akhirat nanti.
Amin.


No comments:
Post a Comment