Pencuri motorsikal sudah dapat ditangkap. Betapa gembiranya hati kami warga sebagai warga penduduk taman Fajar lebih-lebih lagi saya yang juga telah menjadi mangsa. Petang itu saya, Ustaz Tuan Roslan dan Ustaz Nasir ke Balai Polis Sandakan untuk mendapat maklumat tentang pencuri tersebut. Kami juga ingin melihat wajah pencuri yang amat berani ini.
“Pencuri
tu kami bawa jalan-jalan tengok kawasan.”
“Tadi lama dah kami sembang-sembang dengan dia dan sekarang kami bawa jalan-jalan lah.”
Salah seorang pegawai polis yang bertugas memberitahu kami. Kami kurang faham apa maksudnya. Apakah maksud disebalik bawa jalan-jalan itu. Saya menelofon ASP Hanafi (bukan nama sebenar) orang Kelantan yang sudah lama saya kenal dan dia yang menguruskan kes kecurian ini.
“Oh.. kami bawa pencuri jalan-jalan sekita sandakan ni. Tadi kami telah pergi ke Taman Fajar. Lalu juga depan rumah Ustaz. Saya nak bantu ingat balik kisah lama dia.” Suara ASP Hanafi jelas kedengaran dari HP Nokia saya.
“Oh.. dia mengaku juga. Tadi Ustaz Mutalib dan kawan dia tanya dia tak mengaku walaupun dipukul separuh mati.” Saya terkejut mendengar bahawa pencuri tu sudah mengaku.
“Alah.. Ustaz tak pandai tanya.. Kami tanya sikit saja .. dia dah mengaku. Ustaz tu orang baik setakat pukul begitu , pencuri dah kalih.”
“Kami sembang sekejap ja, dia dah mengaku. Sekarang kami minta dia tunjuklah apa yang dia buat sebelum ini. Banyak juga tempat kami nak pergi ni.”
“Tak apa nanti lepas ni kita ngeteh. Saya akan cerita lanjut apa pencuri ni buat. Ustaz rilek dulu. Insya Allah lepas ni tak ada kes curi motorsikal lagi selagi dia ada dengan kami.”
Rupa-rupanya pencuri telah mengaku. Sekarang dia dibawa berjalan-jalan melihat tempat yang pernah dia curi dan menunjukkan bagaimana proses curi itu berlaku. Kami kagum dengan kerja polis. Memang mereka pakar dalam kerja mereka. Pandai mereka buat siasatan.
Ustaz Mutalib memukul pencuri itu sampai sakit tangannya sendiri kerana menumbuk sekuat hati melepaskan geram. Tidak pula dia mengaku. Pencuri itu sampai sudah dia berkeras mengatakan motorsikal itu bukan dia punya. Dia diminta hantar motorsikal tersebut ketempat yang diminta. Tetapi bila dengan polis, mudah pula dia mengaku dan memberi kerjasama. Bagaimana cara polis buat tidak pula kami tahu.
Petang
itu kamu pulang kerumah dan malamnya selepas solat insyak kami berbual panjang
tentang kisah hari ini. Banyak pengajaran yang boleh diambil antaranya ialah:
1. Allah telah mengakabulkan doa
kami semua. Doa dan permohonan kami didengari oleh Allah.
2. Allah telah membuktikan bahawa dia telah menjaga kami yang telah berusaha
untuk menjaga perintahnya.
3. Konsep ‘kunci dulu baru
berserah pada Allah’ tepat dan selaras dengan prinsip Islam. Amalah itu yang membawa kepada penyelesaian
ini.
4. Allah menguji iman kami dengan menunjukkan seolah-olah doa kami
tidak makbul dan kempen prinsip agama tidak betul.
5. Semakin kuat kita mendekatkan diri pada Allah, semakin Allah uji
untuk tingkatkan darjat iman.
6. Ujian para nabi dan orang soleh lagi hebat sehinggakan ada yang
sampai mati pun seolah tidak ada penyelesaian.
Tapi mereka disediakan ganjaran besar di
akhirat nanti.
7. Ujian Iman dan keyakinan itu tidak semestinya dengan terserlah doa itu dimakbul sebagaimana diminta. Kami bernasib baik kerana Allah tahu kami insan lemah. Kalau tidak makbulkan sekaran mungkin ada yang goyah. Allah sebenarnya boleh aturkan bahawa pencuri itu tidak ditangkap seolah-olah doa pencuri itu pula diterima Allah.
Kami tidak sabar
menunggu untuk mengeteh dengan ASP Hanafi ingin mengetahui kisah sebenar pencuri ini. Kami merancang untuk mengeteh
segera mungkin esok. Semoga Allah lindungi kami semua dan permudahkan segala
urusan kehidupan kami.
No comments:
Post a Comment