“Kalau manusia ni yakin dengan besarnya pahala yang Allah sediakan untuk sesiapa yang solat berjamaah, pasitnya dia akan usahakan dirinya agar tidak terlepas pahala itu.”
“Kalau manusia merasai betapa
ruginya terlepas peluang pahala solat subuh berjemaah, pastinya tidak dapat
tidur lena malam itu.”
“
Siapa yang yakin dengan
janji Allah ini akan bersedia awa, bangun awal, bersiap sedia sebelum subuh
lagi. Sebelum subuh lagi sudah sampai masjid.”
“Ibarat kita beli tiket kapal
terbang MAS atau AirAsia. Waktu terbang jam 6 pagi. Jam 4 kita sudah terpacak
di KLIA. Kenapa? Kerana takut terlepas kapal. Risau rugi duit kena beli tiket
baru.”
Begitulah antara bayan yang saya
ingat ketika di Surau al Sahabah, Kota Damansara. Memang betul apa yang disebut
itu. Kita amat memandang lekeh dan kecil pahala solat Subuh berjamaah. Kalau terle[as
langsung tidak rasa ianya satu kerugian.
Solat berjamaah seoalah-olah tidak menjadi agenda dalam aktiviti
hidup kita seharian.
Kita lebih rasa kerugian harta
dunia yang sedikit. Kenapa kita tidak
rasa pahala yang Allah janji itu besar. Itulah masalah iman kita.
“Kita rasa tak bersalah
terlepas solat subuh berjemaah.. hanya solat seorang diri dirumah. Sudah rasa
cukup dengan satu pahala. Sudah rasa kita layak masuk syurga.”
“Subuh jam 6, jam 6 lah kita
bangun. Nak mandi, gosok gigi, ambil wudhuk sudah tidak sempat ke masjid. Begi
saja cara kita pandang janji Allah.”
Terasa menusuk dihati bayan karkun
tabligh hari itu. Harapnya ia bukan saja masuk ketelinga ahli jemaah. Mudah
mudahan ia mampu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Semoga Allah buka pintu hati
kita untuk melihat besarnya pahala akhirat berbanding harta dunia.
Semoga Allah beri hidayah dan
kekuatan kepada kita untuk patuh kepadaNya.
No comments:
Post a Comment