Beberapa tahun lepas ketika saya masih tinggal di Kota Damansara seorang wanita menegur saya ketika waktu rehat yang saya hadiri di ibu kota . Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang jemaah masjid tegar dikawasan kejiranannya. Dia mengetahui dari kawannya bahawa saya seorang ustaz dan juga kerap berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau.
Dia ingin mendapatkan pandangan
tentang isu yang membelenggu fikirannya.
“Ustaz! Saya selalu solat di
Masjid di kawasan kejiranan saya.” Dia
memberitahun nama masjid tersebut dan memang diketahhui ramai bahawa itu ada
masjid elit yang jamaahnya terdiri dari Datuk Seri, Tan Sri, Datuk, Datin dan
pelbagai golongan kayangan. Mereka ini adalah golongan atasan dan Jutawan.
“Ustaz tahu kat masjid tu ramai
para datin-datin solat kat situ. Mereka ni istiqamah solat jemaah dan juga
melazimi kelas-kelas agama.”
“Cuma ada beberapa perkara yang
nak tanya ustaz.”
“Apa tu nampak macam serius”.
Saya mengubah duduk untuk mendengar dengan lebih baik.
“Saya selalu berbual dengan
datin-datin tu semua.Saya pernah tanya mereka datang dengan siapa. Datuk ada
sekali kah.”
“Mereka tu biasanya datang
dengan geng datin. Suami mereka selalu keluar negeri berpoya-poya. Mereka tanpa
segan silu beritahu saya suami-suami mereka tu jutawan berpangkat datuk selalu
berpoya dan berhibur di Thailand.”
“Saya tanya mereka tak risaukah
mereka melanggan pelacur. Apa jawapan mereka Ustaz tahu?”
Saya menggelengkan kepala.
“Mereka kata tak kisah nak
langgan pelacur pun. BIasanya datuk akan melanggan pelacur high class yang
mahal. Kalau yang mahal ini lebih selamat. Mereka kata biarlah suami mereka
berhibur mereka para datin ada program sendiri sesama mereka.”
“Langsung mereka tidak ada rasa
cemburu suami mereka menyimpan wanita lain. Bahkan ada yang bangga menceritakan
bahawa suami mereka ada perempuan simpanan yang cantik bak artis. Boleh tumpang
cuci mata katanya. Mereka kadang-kadang tidak malu membanding dan berbangga
gadis simpanan suaminya lebih cantik dari perempuan simpanan datuk yang lain.”
“Kenapa suami mereka tidak
poligami sahaja dengan perempuan tu semua. Jadikan isteri yang halal.” Saya
mencelah.
“Itulah masalahnya ustaz. Saya
dah tegur mereka. Bukankah sikap begitu dikira menghalalkan zina kan ustaz.?”
“Ustaz tahu apa jawapan mereka?
Mainlah dengan seramai mana pun janji jangan kahwin ja. Kalau kawin tahu lah
tinggi rendahnya langit mereka akan kerjakan suami mereka.”
“Perkara ini dah jadi biasa
diterima dikalangan korporat, geng datuk seri, datuk. Simpan perempuan tanpa
kahwin itu sudah jadi kebiasaan.”
“Apa hukumnya Ustaz bagi isteri
begini. Menghalang suami berpoligami secara halal, namun redha suami berzina.
Bahkan ada juga kes golongan datin ni,
ada penghibur mereka sendiri terdiri dari lelaki muda yang hensem. Suami mereka
bayar katanya.”
Saya mengucap panjang mendengar
kisah ini. Kali ini saya mendengar sendiri cerita sebegini. Sebelum ini pernah
dengar juga cerita tentang golongan korporat kaya ini hidup sebegini. Tidak
dinafikan ada juga yang baik dan beriman, banyak menyumbang kepada kebajikan.
“Mereka ni datuk datin ni rajin
juga ke masjid. Mereka banyak juga bersedekah menyumbang kepada masjid. Pahala
mesti buat juga kata mereka.”
Saya tidak nafikan ramai juga
yang berfikiran begini. Mereka menganggap kebaikan yang mereka lakukan boleh
menimbus dan mengimbang maksiat yang mereka lakukan.
Begitu juga dengan sikap
sebahagian wanita. Mereka amat melenting dan mengamuk bila suami ingin
berpoligami, tapi jika suami mempunyai hubungan haram kemarahan mereka tidak
setanding bila mengetahui suami berpoligami.
Saya tidak banyak bergaul dengan
golongan kayangan ini, jadi saya tidak tahu sejauh manakah isu ini menjadi
wabak dalam kalangan mereka. JIka ada.
ini adalah kemungkaran yang perlu dicegah segera. Allah telah memberi
penyelesaian. Jangan sekali-kali kita memandang enteng dengan kemurkaan Allah.
Allah sudah berfirman dengan
jelas dalam surah al Isra ayat 32
وَلَا
تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Maka janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang
jahat.”
Janganlah kita menolak hukum
Allah demi untuk kepuasan diri sendiri.
Tidak berbaloi bahagia di dunia,
merana di Akhirat.