Hampir sebulan berlalu pertemuan saya dan Abu Raghib. Jiwa saya semakin tenang. Rutin harian sudah semakin tersusun. Pengajian saya tidak lagi diulit emosi kacau.
Satu petang ketika saya pulang dari Universiti, sebelum masuk kerumah saya terserempak dengan Firas, kalau tak silap saya dia adalah anak ketiga Abu Raghib. Selepas kami saling bertanya khabar dan saya mahu beredar, beliau memberi isyarat jari sejemput yang memberi isyarat agar tunggu sebentar.
“Stanna syuwaiya,
biddi ahki lak syaik. Nasyrab syai hunaak..” (tunggu sekejap, saya mahu cakap sesuatu. Kita minum teh di sana
nanti).
Firas meminta saya tunggu
sekejap sambil dia menunjukkan bangku dan meja kecil dibawah pokok anggur.
Saya duduk menunggu Firas
sambil menikmati pemandangan halaman rumah. Tidak sampai lima minit Firas
datang semula menatang dulang kecil dengan dua cawan teh. Dia duduk dan menghulurkan
teh kepada saya. Ah.. kali ini syai dengan ‘maramiyah’ sejenis herba
yang telah dikeringkan. Miramiyah ini membangkit aroma tersendiri yang agak istimewa
dalam teh. Ia menjadi pilihan lain selain na’na’ (pudina).
Kami berbual-bual
sambil mengihirup teh. Saya bertanyakan tentang Abu Raghib.
“Saafar ila Saudiayah
qabla yaimain..” ( Dia ke
musafir ke Saudi sudah dua hari).
“Addal umrah?” (tunaikan umrah) saya meneka.
“Laa…Raafaqa Dana
lihnak” (Dia iring Dana ke
sana). Wasfi menjawab sambil memandang saya.
“Dana!… Syu maa
laha?” (Dana..! Kenapa dengan
dia?” saya bertanya ingin tahu.
Wasfi memberitahu saya,
sejak beberapa minggu ini keadaan Dana agak berubah. Dia menjadi agak pendiam. Mereka
sekeluarga agak risau dengan keadaannya. Abu Raghib membuat keputusan agar Dana tinggal
sementara di Saudi dirumah pakciknya, adik kepada Abu Raghib. Dia bekerja di bandar
Yanbu, bandar di tepi pantai. Mungkin Dana akan sambung belajar di Yanbu dan tinggal
disana beberapa ketika.
Saya terdiam mendengar
perkhabaran ini. Apa yang terjadi kepada Dana?. Firas kemudian mengeluarkan satu
sampul dari poketnya lalu diunjukkan kepada saya.
“Dana bitasallam
alaik. Hiyye talabit awassel lak haad” ( Dana minta sampaikan salam. Dia minta sampai ini pada awak).
Kami mengubah topik
perbualan berkaitan perkembangan bola sepak dan juga sedikit isu politik. Saya
meminta izin untuk pulang. Saya memegang kemas sampul titipan Dana. Tebal juga.
Apakah isinya..? Saya
tak sabar untuk menatapnya.. Saya berlari ke atas.
No comments:
Post a Comment