Saya hanya berkhidmat di IPG Tawau setahun setengah sahaja. Antara pengalaman manis saya di sana ialah pengarah wajibkan pensyarah Agama Islam wajib menjadi kem komandan Program Bina Insan Guru (BIG). Kalau tak silap ingatan saya dalam tempoh setahun setengah itu 4 kali saya telah diberi amanah menjadi kem komandan.
BIG diwajibkan kepada pelajar sekali dalam tempoh pengajian, tidak kira peringkat Ijazah atau diploma. Saya telah menjadi kem komandan bagi pelajar Program Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, KEMAS, Pendidikan Islam dan mengikut ambilan tahun tertentu.
Kerja saya tidak susah. Kerja awal seperti kertas kerja, bajet dan tempahan tempat semuanya dibuat oleh Hal Ehwal Pelajar. Kerja saya menerima pelajar pada hari program dan perlu memastikan semua pelajar mengikut jadual program yang telah ditetapkan.
Dalam perjumpaan taklimat pertama pengulu dan penolong penghulu dilantik. Mereka diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua rakan-rakan mereka. Saya hanya menekankan patuh kepada arahan ketua, perlu berada di tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jangan ada sesiapa ingkar. Setiap aktiviti yang ditetapkan bertujuan melatih dan mendidik bakal guru dalam alam pekerjaan nanti. Keperihatinan, tanggungjawab, Profesionalisma, sikap dan sebagainya.
Alhamdulillah saya tidak mempunya masalah mengurusankan pelajar TESL, Bahasa Melayu dan apa saja bidang lain. Mereka amat patuh kepada peraturan, masa dan panduan. Saya amat seronok bersama mereka. 10 minit sebelum azan subuh semua sudah bersedia di dewan tiada yang lewat. Bilal dan Imam tahu peranan mereka. Begitu juga dengan ketepatan masa program. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga terkawal. Semuanya patuh pada arahan dan panduan.
Namun bila saya diberi tanggungjawab menguruskan guru diploma untuk guru agama yang rata-rata adalah keluaran Timur tengah dari pelabagai negara dan sebahagiannya dari Universiti tempatan. Suasana telah berubah.
“Eh.. kenapa ada 20 orang ja kat dewan ni. 10 min lagi mahu masuk waktu subuh. Mana yang lain?”
Tanya saya kepada penghulu . Biasanya 10 minit sebelum subuh penghulu akan menjemput saya dibilik dan memaklumkan bahawa semua pelajar telah siap sedia. Kali ini tiada. Saya sendiri turun melihat keadaan .
“Mereka
sedang bersiap-siap ustaz.”
“Ramai beratur masuk tandas.”
“Ada yang uzur ustaz.. tak boleh solat”
Bila
dah masuk waktu solat. Bilal yang telah
ditetapkan tiada.
Paling teruk dalam salah satu siri BIG guru agama. Imam solah subuh tidak dapat di kesan. Semua tempat sudah dicari, Khemah, Tandas, Dapur. Kami jumpai dia bersembunyi di sebalik bas IPG.
“Maaf
Ustaz.. saya tidak boleh jadi Imam solat.
Saya tak biasa jadi imam untuk orang seramai ini.”
Aduh… pelajar ini graduan al Azhar boleh menggunakan alasan pelik ini. Sedangkan pelajar bukan agama menerima dengan patuh walaupun kurang berilmu.
Orang yang sama juga mempertikakan peraturan tidak boleh memakai Jeans sepanjang program.
“Kenapa tak pakai Jeans ustaz? Pakai itu menutup aurat juga.”
Aduh.. susah mahu terangkan kepada dia dan juga pelajar lain tentang etika pakaian dan rasional peraturan yang telah ditetapkan.
Ketika
aktiviti mereka persoalkan kenapa bercampur
antara lelaki dan perempuan dengan alasan bercanggah dengan ajaran Islam. Jawapan
mudah saya ialah melatih mereka untuk masuk
dalam dunia sebenar di alam pekerjaan dan masyarakat nanti . Mereka perlu
mengawal diri mengikut batas pergaulan berdasarkan panduan Islam. Susah juga mereka mahu
menerima . Namun banyak kali juga saya terpaksa tegur apabila melihat
terlebih mesra dan melebihi batas.
Pernah
satu kali saya arahkan mereka terjun semula ke sungai dan berkayak ketengah laut selamatkan ahli kumpulan
perempuan yang mereka tinggalkan. Mereka
mesti balik bersama dan pastikan ahli kumpulan
selamat sampai terutama perempuan. Bukan bermaksud tidak boleh bergaul dengan
perempuan jadi mereka diabaikan dan ditinggalkan untuk selamatkan diri dalam
keadaan genting.
Amat
mencabar melatih bakal guru yang
berlatangkan pendidikan agama. Mereka perlu dilatih untuk mengikut peraturan
dan paduan yang telah ditetapkan. Menepati
masa, merancang sesuatu, memastikan objektif
tercapai. Patuh kepada ketua dan pentadbir. Tapi tetap sabar membimbing mereka.
Ketenagangan
saya terganggu. Adakala terpaksa ambil panadol menguruskan mereka.
Kadang-kadang saya merindui dan tertunggu untuk menguruskan BIG bukan dari bidang
agama. Semoga kita dari golongan agamawan ini mampu mengubah sikap kearah lebih
baik. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment