Thursday, January 06, 2011

Cabaran tahun 2011

Rutin harian tahun baru 2011 berubah selepas dua tahun berehat. Setiap hari saya perlu merentas 18 lampu isyarat, membayar tol sebanyak RM1.80, merentas jarak 46km dengan kesesakan kenderaan selama sejam atau lebih untuk sampai ke tempat kerja baru di Bandar Baru Bangi. Apabila balik dari kerja situasi menjadi lebih teruk lagi. Jika terlewat sedikit keluar dari pejabat sehingga menyebabkan perjalanan mencecah dua jam.

Ini menjadi satu cabaran untuk mendidik diri bersabar.. Insya Allah mudah-mudahan..Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.