Friday, January 29, 2010

Buktikan cinta anda tanpa seluar dalam!


Itulah tema kempen sambutan Valetine Day untuk tahun ini. Mengikut liputan berita oleh Thestar hari ini, kempen ini telah tersebar luas dikalangan gadis-gadis di IPTA dan IPTS. Mereka semua cukup teruja dengan kempen ini.

Malah lebih apa yang mengejutkan kempen ini diterima dengan baik oleh golongan muslimah kita dengan mengatakan bahawa di era dunia baru setiap orang bebas melakukan apa saya diingininya.

Muslimah tersebut juga mendedahkan bahawa ramai yang telah bersepakat untuk mencuba sesutu yang baru ini di hari Valatine nanti dan tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru.

Anda boleh membaca liputan di sini.

Simbol 'Tanpa Seluar Dalam" yang dipakai oleh gadis remaja di Barat. Tak mutahil simbol ini di pakai oleh gadis muslimah kita. MALAYA BOLEH

Inilah hakikat yang perlu kita terima di Malaysia. Islam hanya pada nama, tidak pada aqidah dan kehiudupan. Islam masih tidak menjadi pencorak untuk mewarnai budaya dan pemikiran masyarakat. Islam masih lagi dilihat berlegar di kelompok tertentu tidak dapat diketengahkan dalam arus perdana dunia moden.

Apa yang menjadi tanggungjawab kita semua sebagai Muslim hendaklah membawa agama Islam yang boleh mencorak pemikiran dan mewarnai kehidupan. Kita perlu menerokai medan baru dakwah merentas masjid, surau dan program keagamaan. Usaha perlu dijana untuk mendekati golongan muda-mudi yang menjadi komponen utama masyarakat.

Masih belum ramai pendakwah-pendakwah kita menerokai dakwah media arus perdana. Media cetak, media elektronik malah industri hiburan masih lagi tandus dengan penggerak yang boleh melencongkan arus kepada yang lebih selari dengan Islam.

Kita perlu optimis untuk mendekati golongan remaja dengan cuba menyelami dunia mereka dan menyuntik idea dan pemikiran yang sederhana sebagai batu loncatan untuk mereka lebih memahami inti kehidupan yang sebenar. Realitinya kita masih tidak dapat lari dari sikap menghukum berbanding sikap membimbing.

Alangkah baiknya jika kita melaksanakan kempen “CINTA SEJATI, CINTA BERMARUAH” bersempena Hari Valentine di samping sekadar hanya bercerita pasal hukum hakam.

CINTA SEJATI , CINTA BERMARUAH

Thursday, January 28, 2010

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN JANGAN KETINGGALAN


Rasulullah bersabda: Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dengan kelebihan 27 ganjaran.

Sembahyang berseorangan atau bersendiri an pahalanya ialah satu sahaja. Manakala solat berjemaah pahalahnya ialah 27 ganjaran. Jika anda ingin kaya di akhirat rebutlah peluang ini. Bayangkan jika setiap hari kita mampu untuk solat berjemaah 5 waktu. Berapa banyakkah pahala kita?

5 waktu sehari x 27 = 135

Kalau solat bersendirian setiap waktu kita hanya akan dapat 5 ganjaran sehari, itu pun kalau solat itu dilaksanakan dengan sempurna. Jika solat tidak sempurna ianya tidak diberi ganjaran pahala dan hanya

tidak dikira berdoa kerana sudah melaksanakan kewajipan.

Mari kita mengira bersama perbezaan pahala solat bersendirian dan solat berjemaah.

Jenis solat

Pahala sehari

hari dalam setahun

Jumlah

Solat sendirian

5

364

1820

Solat berjemaah

135

364

49140

Nah! Lihatlah perbezaan antara keduanya. Mana satu yang lebih banyak? Solat berjemaah atau solat bersendirian? Anda pilih yang mana satu? 1820 atau 49140? Anda tak perlu menggunakan ilmu matematik aras tinggi untuk membezakan antara keduanya. Sekarang ianya bergantung kepada Iman dan keyakinan anda kepada Allah. Tepuk dada tanya iman.

Pahala solat berjemaah ini adalah merupakan pahala asas untuk solat berjemaah. Ia belum termasuk lagi pahala solat sunat rawatib, perjalanan kemasjid, zikir bersama imam dan sebagainya. Ini bermakna bagi sesiapa yang sentiasa menjaga solat secara berjemaah dan ia dilakukan dimasjid seseorang itu akan mendapat pahala yang lebih lumayan.

Bagaimanakah cara untuk ada merebut ganjaran solat berjemaah ini?. Di sini ada beberapa cadangan ;

1. Sentiasa solat berjemaah di masjid.

2. Jika tidak berkesempatan solat di masjid atau surau. Lakukan solat berjemaah bersama isteri, anak atau ahli keluarga dirumah

3. Berjemaah dengan kawan-kawan atau rakan sekerja.

4. Berjemaahlah dengan saudara seislam yang tidak kita kenali. Mereka juga adalah saudara seislam.

5. Jika anda singgah di mana-mana surau atau masjid dan solat jamaah sudah selesai. Buat solat jemaah yang baru. Cadangkan seseorang untuk menjadi imam. Jika ramai yang menolak, tawarkan diri untuk menjadi Imam. Jangan takut untuk menjadi Imam. Bacaan anda tidak perlu kuat jika solat zohor dan asar. Jika solat maghrib, Isyak atau subuh, pilih surah yang pendek sahaja. Apa yang penting anda tidak rugi dan pada masa yang sama membantu saudara seislam mendapat ganjaran yang sama.

6. Solat berjamaah boleh dilakukan dimana sahaja. Tidak semesti di surau atau dimasjid. Ia boleh dilakukan di pejabat, atas padang, dan sebagainya selain tandas dan tempat yang najis.

7. Sentiasa saling ingat mengingati tentang solat berjamaah sesama ahli keluarga dan sahabat handai.

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI. PASTIKAN ANDA KAYA DENGAN PAHALA BILA DIJEMPUT ALLAH NANTI

HANYA PAHALA YANG BOLEH MENYELAMATKAN ANDA DIHADAPAN ALLAH.



Wednesday, January 27, 2010

Jangan ambil Bahasa Arab!

Alangkah gembira hati ini apabila ditugaskan mengajar matapelajaran Bahasa Arab setelah sekian lama menjadi bidan terjun dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

Hari pertama menjenguk kelas 3 A iaitu satu-satunya kelas aliran arab di sekolah saya. Selepas sesi taaruf dan perkenalan santai saya bertanya satu soalan kepada semua pelajar 3 A.

Siapa yang nak ambil Bahasa Arab tahun ini untuk PMR?”

Pelajar dilihat berpandangan antara satu sama lain. Ada yang memuncungkan mulut kepada kawan-kawannya dan ada juga yang mencuit-cuit bahu rakan sebelah. Nun ditepi kelas ada seorang pelajar lelaki dengan yakin mengangkat tangan.

Seorang saja? Tak kan seorang ni je. Yang lain tak mahu belajar Bahasa Arab ke?”

Saya menyoal lagi sambil mengelilingi kelas agar agak rapat dengan pelajar-pelajar. Barulah ada dua orang pelajar perempuan mengangkat tangan dengan lemah lembutnya macam terpaksa.

Saya terpaksa mengawal perasaan walaupun hati ini hancur luluh melihat keadaan nasib Bahasa Arab yang amat tidak di alu-alukan. Kalau diikutkan hati mahu saja keluar kelas apatah lagi dilihat pelajar seolah acuh tak acuh dengan perbincangan berkaitan Bahasa Arab. Tetapi watak seorang guru mestilah sentiasa cerita dan yakin walaupun dalam apa saja situasi.

Sebelum mengakhiri kelas saya berkata:

Setiap orang wajib ambil bahasa arab, mahu atau tidak dia terpaksa terima. Ini keputusan saya. Saya akan bincang dengan pentadbir

Boleh di katakana hampir kesemua pelajar menunjukkan wajah kelat mereka.

Selepas habis sesi pembelajaran hari itu saya didatangi oleh tiga orang pelajar perempuan. Saya dapat mengecam salah seoang dari mereka yang telah mengangkat tangan untuk belajar bahasa arab tahun ini.

Ustaz! Boleh kah kalau saya tak mahu ambil bahasa Arab ?”

Aik! Tadi kamu angkat tangan setuju nak belajar Bahasa Arab, tapi kenapa tak mahu tarik diri pulak?”

Tadi saya kasihan melihat ustaz, saya nak gembirakan hati ustaz je. Saya tahu ustaz kecewa dengan kami kerana kami tak mahu ambil Bahasa Arab. Nanti Ustaz tak mahu masuk kelas kami lagi

Terang pelajar itu sambil menundukkan mukanya memandang lantai.

Seorang pelajar lagi mencelah: “Ustaz! Emak saya pesan Jangan ambil Bahasa Arab untuk PMR ni

Hah! Kenapa pula?”

Nanti, kalau gagal bahasa Arab saya akan dikira gagal PMR”Jawab pelajar itu dengan jujur.

Saya menarik nafas sambil mengeluh tapi masih lagi mampu mengukir senyum.

Tak apa, kamu balik lah dulu, nanti kita jumpa hari khamis ini kat kelas dan kita bincang lagi hal ini. Jangan lupa bilang sama beliau kamu semua ustaz kirim salam”.

Sememangnya Matapelajaran Bahasa Arab adalah sangat ditakuti bagi pelajar tingkatan tiga. Kenapa tidak, setiap tahun akan ada lima atau enam orang akan gagal PMR hanya semata-mata gagal matapelajaran Bahasa Arab walaupun mereka mendapat A tau B untuk matapelajaran lain.

Memang malang nasib Bahasa Arab, Bahasa al Quran, Bahasa Rasulullah dan bahasa Peradaban Islam. Ianya bagai melukut ditepi gantang saja langsung tidak dipandang malah di keji oleh sesetengah pihak.

Kenapa ini semua terjadi dalam masyarakat kita sedangkan kita seuma mengaku beragama Islam dan beriman kepada Allah. Bahasa Arab adalah merupakan Bahasa pengantar al Quran iaitu manual panduan utama bagi orang beriman. Mana mungkin seseorang yang beriman itu boleh memahami panduan dan bimbingan Allah jika ia tidak memahami bahasa Arab.

Di dalam al Quran sendiri menyebut sebanyak 8 kali tentang perihal al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab dan ditegaskan agar orang beriman berfikir dan merenung kenapa ianya diturunkan dalam bahasa arab.

Di antara ayat tersebut ialah dalam surah Yusuf ayat 2:

إِنَّا أَنزلنَاهُ قُرۡآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُم تَعِقلُونَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Allah menyebut lagi dalam surah Fussilat ayat 3:

كِتَابٌ فُصِّلَت آيَاتُهُ قُرآنًا عَرَبِيًّا لِّقَومٍ يَعَلمُونَ

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya

Melihat kepada ayat-ayat ini menunjukkan bahawa jika kita benar-benar sebagai orang beriman yang mengejar keredhaan Allah wajib mempelejari Bahasa Arab demi untuk mempertingkatkan kefahaman Islam seterusnya berjaya mencapai kejayaan yang hakiki diakhirat nanti..

Tetapi realitinya Bahasa Arab masih dipandang negatif di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. DI mana silapnya?

Tuesday, January 26, 2010

Lihatlah Dengan Mata Hati


Surah al Haj ayat 46

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Allah taala memberi peringatan kepada manusia bahawa kehidupan di atas dunia adalah sangat memerlukan kita menghayati seluruh kehidupan ini. Manusia perlu bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa terhad kepada batas geografi dan bangsa. Berjalanlah dan melanconglah, gunakanlah hati nurani untuk berfikir dan merenung tentang kejadian alam dan dan segala kehidupannya. Gunakanlah pancaindera pendengaran untuk mendengar apa yag sepatutnya tentang kehebatan ciptaan Allah dan hal ehwal kehidupan manusia. Biasanya kita melihat ramai mereka yang celik pandangan matanya tetapi pada masanya yang sama buta mata hatinya. Jiwanya tidak dapat melihat dan memahami hakikat kejadian alam dan kehidupan di atas muka bumi ini.

Objektif utama Allah mencipta manusia adalah untuk dilantik sebagai khalifah yang menguruskan bumi ini dan segala isinya dengan penuh ketataan dan kepatuhan kepada Allah. Mengurus dunia dan manusia seluruhnya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al Quran dan Sunnah rasulnya. Sebagai pengurus dan pentadbir diantara sifat yang perlu ada padanya ialah kemampuan untuk membaca dan meneliti perjalanan kehidupan alam dan ciptaannya yang telah ditetapkan secara fitrah semulajadi.

Hati atau fikiran ini adalah keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia perlu di gunakan sepenuhnya dalam kehidupan. Hati ini kalau digunakan dengan cara yang betul akan dapat melihat dan memahami sesuatu perkara secara yang lebih mendalam menembusi batasan zahir.
Tetapi Allah menyebut bahawa ramai manusia hanya menggunakan pancaindera hanya untuk melihat secara pandangar zahir semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama hati mereka buta dan tidak dapat menanggap kebenaran dan hakikat sebenar apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Begitu juga kita sebagai orang yang telah dianugerahkan nikmat iman dan Islam, perlu menghayati panduan Allah ini dalam melaksanakan misi manusia sebagai khalifah. Kita semua telah dipertanggujawabkan oleh Allah untuk membimbing manusia agar mengenali Allah dan taat kepadanya.

Dalam melaksanakan tanggungjawab ini kita perlu prihatin dan melihat dengan mata hati tentang selok belok kehidupan manusia agar kita berjaya memahami mereka dan seterusnya dapat mendekati mereka. Banyak perkara yang tidak dapat dilihat dan difahami dengan mata kasar seperti
jiwa, perasaan, kecenderungan, sikap dan sebagainya. Perkara ini hanya dapat dilihat dan difahami dengan menggunakan mata hati. Begitu juga kita perlu mendengar luahan rasahati mereka dan apa yang berlegar dalam pemikiran mereka. Dengan cara ini kita dapat bercakap dari hati ke hati dan mudah mudahan setiap apa yang kita sampaikan kepada akan mudah didengari dan diterima dengan baik.

Apa yang berlaku kini ramai dikalangan penggiat dakwah masih tidak dapat melihat dengan menggunakan mata hati dalam menjalankan kerja dakwah meraka. Bahkan ramai dilihat banyak menggunakan mata kasar mereka dan pancaindera secara zahir sahaja dalam melakukan interaksi sesama manusia. Justeru itu kita melihat usaha-usaha dakwah mengahadapi banyak masalah dan sukar difahami oleh masyarakat. Bahkan kadangkala usaha-usaha ini dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu masyarakat walaupun pendekatan yang dibawa didakwa sebagai pendekatan islam berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Mungkin ada disana ada perkara yang belum dapat dilihat dengan jelas dan memerlukan mati hati untuk melihatnya. Rasulullah ialah orang yang paling terang mata hatinya dapat melihat jauh ke dalam jiwa manusia. Malah pandangan Rasulullah juga jauh kedepan malmpaui batasan waktu. Itulah mata hati penglihatan tanpa batas. Itulah nikmat Allah kepada kita semua yang diabaikan.
Pandanglah dengan mata hati

Monday, January 25, 2010

Mereka lebih baik dari kambing!



“Saya rasa masalah pelajar asrama ni boleh diatasi jika kita buatkan usrah untuk mereka kita didik mereka secara usrah. Rasanya dengan cara kuliah agama ni tak makan saman budak-budak ni semua

Itu cadangan saya ketika kami berbual-bual dikantin semasa rehat tetang masalah pelajar asrama. Kenakalan pelajar asrama semakin menjadi-jadi tak kira pelajar aspura dan aspuri. Inisiatif kuliah maghrib dan kem ibadah seolah tidak boleh merawat masalah mereka.

Budak-budak ni ni memang tak boleh nak ubah dah sikap mereka. Tak berubah dah.. jaga kambing lagi baik”. Rawan sejawatan kami menyampuk sambil membelek-belek mee goreng mencari udang sesat.

Mesti ada jalan nak ubah mereka. Tak kan mereka lebih teruk dari kambing”.

Ustaz cubalah kami nak tengok”.

Wah! Itulah cabaran yang diberikan oleh seorang guru kepada saya untuk mengubah sikap pelajar asrama SMK Elopura. Memang memeritkan! Kuliah maghrib hanya di hadiri oleh tak sampai 20 orang pelajar asrama walaupun ianya sudah diwajibkan. 15 minit selepas waktu maghrib hanya tak sampai 5 orang yang sudah bersedia untuk solat. Ramai yag masih berbual-bual dan membuat hal masing-masing di asrama. Malah ada yang sanggup melompat ikut tingkap bila dijemput untuk solat berjemaah.

Apa yang menjadi inspirasi saya ialah hadis Rasulullah SAW.: “Setiap anak dilahirkan dalak keadaan fitrah. Ibubapanya lah yang akan mencorak kehidupan anak tadi samada sebagai yahudi, nasrani atau majusi

Walaupun saya bukan ibu bapa mereka tetapi pelajar ini semua masih umur mereka masih muda dan fitrah mereka masih bersih dan segar. Di antara fitrah kejadian manusia ialah mereka telah di ciptak oleh Allah boleh dibentuk untuk menjadi apa saja.

Rasulullah juga berpesan:

الناس معادن

Manusia itu ibarat logam

Ya. Allah telah mencipta manusia dengan segala pesediaan semulajadi yang sedia ada dalam diri mereka. Hanya menunggu untuk dibentuk. Malah analogi Rasulullah bahasa manusia ini ibarat logam yang boleh dibentuk dengan apa saja bentuk yang di kehendaki. Lihatlah besi jika dibiarkan akan berkarat tak berguna, malah boleh mendatangkan penyakit juga terluka kerananya. Tetapi besi itu jika dimanfaatkan, ditempa mengikut kehendak kita semuanya boleh dihasilkan. Ianya boleh dijadikan pelbagai benda yang boleh dimanfaatkan. Boleh dibuat pisau, senapang, kereta malah kapal terbang yang membelah awan walaupun ianya berat.

Itu besi yang keras, inikan pula manusia, makhluk yang paling sempurna ciptaannya dari kalangan makhluk Allah. Mereka boleh diasuh dan dididik menjadi manusia yang berguna. Itulah tugas utama manusia sebagai khalifah iaitu mengurus manusia agar menjadi makhluk yang berguna dan taat kepada Allah.

Dengan semangat ini saya mula mengumpulkan beberapa orang pelajar yang dilihat berminat dengan aktiviti surau untuk membina satu kumpulan yang saya namakan sebagai RAKAN IMAN. Kami sama-sama berjanji untuk berjumpa hanya satu jam seminggu lepas isyak setiap hari selasa untuk sama-sama berbincang bagaimana cara untuk mendidik diri mendekati Allah taala yang telah banyak berjasa kepada kehidupan kami.

Walaupun bilangan ahli tidak ramai dengan hanya 5 orang bermodulkan tadarus al Quran dan perbincangan berkaitan intipati islam dalam kehidupan, ianya amat bermakna. Sedikit demi sedikit perancangan dibuat untuk membimbing rakan seasrama agar sama-sama dapat membimbing diri mereka mendekati Allah agar kehidupan ini mendapat rahmat dan keberkatan.

Ahli rakan iman bertambah ramai. Pelajar-pelajar semakin ramai menjinakkan diri mereka dengan aktiviti surau. Akhlak-akhlak pelajar semakin bertambah baik berbanding dahulu.

Selepas 5 tahun berlalu seolah sudah menjadi budaya bahawa sesiapa yang tak sempat solat berjemaah maghrib dan isyak di surau akan merasa bersalah dan malu dengan sendirinya. Itulah hasil rahmat kesabaran dan kesungguhan ahli rakan iman dalam menjalan kerja mereka.

Terbukti manusia boleh berubah dan terbukti manusia lebih baik dari kambing.